Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembinaan ujian diagnostik bagi mengesan kesalahan pelajar dalam tajuk “graf gerakan linear”

Ahyanuddin, Azzahyiruddin and Phang Abdullah, Fatin Aliah (2010) Pembinaan ujian diagnostik bagi mengesan kesalahan pelajar dalam tajuk “graf gerakan linear”. edupress 2010 .

[img]
Preview
PDF
450kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membina satu set ujian diagnostik objektif Fizik dalam mengesan kesalahan pelajar dalam tajuk “Graf Gerakan Linear” Tingkatan Empat. Ia melibatkan kajian di enam buah sekolah menengah di zon Pasir Gudang, Johor. Kajian ini terdiri dari empat fasa yang melibatkan 450 orang pelajar Tingkatan Empat aliran Sains yang telah mempelajari topik “Graf Gerakan Linear”. Instrumen yang digunakan terdiri daripada set soalan diagnostik objektif dan subjektif, pemerhatian dan temubual. Fasa satu kajian ini melibatkan seramai 150 orang pelajar yang menjawab empat soalan subjektif yang telah disahkan oleh dua orang guru pakar Fizik dan kesalahan pelajar dikategorikan kepada beberapa jenis kesalahan yang boleh dibahagikan kepada salah konsep, salah tafsir dan salah hubungkait. Tiga kesalahan majoriti tersebut dijadikan pilihan jawapan salah bagi soalan objektif yang dibina pada Fasa kedua. Kesimpulan mendapati bahawa empat fasa yang dijalankan dapat menghasilkan satu set ujian diagnostik objektif.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:14940
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:19 Sep 2011 09:53
Last Modified:19 Sep 2011 09:53

Repository Staff Only: item control page