Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Cabaran Politeknik Sultan Ahmad Shah (POLISAS) membangunkan modal insan sejajar dengan keperluan sektor industri

Buntat , Yahya and Saud, Muhammad Sukri and Hussain , Hairul Anuar (2010) Cabaran Politeknik Sultan Ahmad Shah (POLISAS) membangunkan modal insan sejajar dengan keperluan sektor industri. Unspecified . (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
109kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Politeknik Sultan Ahmad Shah (POLISAS) dalam menyediakan modal insan sejajar dengan keperluan industri. Rekabentuk penyelidikan yang digunakan ialah penyelidikan deskriptif jenis tinjauan dengan sampel sejumlah 244 orang. Sampel terdiri dari pelajar-pelajar semester akhir yang mengikuti kursus dalam bidang kejuruteraan diperingkat sijil. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A yang melibatkan biodata responden dan bahagian B yang melibatkan maklumbalas responden terhadap persoalan-persoalan kajian. Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah α = 0.902. Analisis data dibuat berdasarkan peratusan dan min dengan menggunakan perisian SPSS (Statical Package For Social Science). Dapatan kajian menunjukkan penyediaan pengetahuan dan kemahiran teknikal pelajar yang releven dengan industri berada pada tahap sederhana dengan nilai purata min=3.7. Hasil kajian mendapati Program Latihan Industri telah memainkan peranan penting dalam meningkatkan pengalaman dan kemahiran bekerja pelajar dengan purata min=3.9 (Tinggi). Seterusnya, pelajar-pelajar POLISAS didapati telah menguasai elemen-elemen kemahiran insaniah dengan purata min=3.8 (Tinggi). Kemahiran insaniah ini meliputi kemahiran komunikasi (min=3.82), kemahiran bekerja dengan orang lain dalam kumpulan (min=3.67), kemahiran berfikiran kritis dan penyelesaian masalah (min=3.98) dan kemahiran kepimpinan (min=3.65). Namun hasil kajian ini juga menunjukkan beberapa aspek kelemahan yang perlu diperkemaskan. Antaranya keperluan meningkatkan hubungan yang lebih bermakna dengan pihak industri terutamanya, penglibatan pihak industri dalam merangka dan menilai kurikulum politeknik secara berterusan

Item Type:Article
Divisions:Education
ID Code:1493
Deposited By: PM Dr. Yahya Buntat
Deposited On:11 Sep 2017 01:31
Last Modified:11 Sep 2017 01:31

Repository Staff Only: item control page