Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan dalam pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia

Adnan, Mohd. Fathi and Hamzah, Rohana and Udin, Amirmuddin (2010) Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan dalam pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia. edupress 2010 .

[img]
Preview
PDF
182kB

Abstract

Kertas ini ditulis untuk memberi penerangan kepada umum tentang implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) terhadap sistem Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) di Malaysia. Terdapat beberapa perkara yang dibincangkan dalam kertas ini, antaranya definisi FPK dan PTV, matlamat pendidikan di Malaysia, aliran falsafah yang mempengaruhi PTV, konsep dan matlamat FPK, peranan FPK, elemen-elemen yang terkandung dalam FPK, peranan sekolah dalam merealisasikan FPK dan implikasi FPK dalam sistem PTV. Adalah diharapkan melalui penerangan ini, semua pendidik serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung dapat memahami dengan jelas tentang matlamat pendidikan di Malaysia. Semua pihak juga perlu memahami kehendak FPK dan implikasinya terhadap pendidikan umumnya dan terhadap PTV khususnya. Semoga dengan penerangan ini, sistem PTV di Malaysia akan dapat mencapai hasrat dan matlamat negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:14917
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:20 Sep 2011 08:47
Last Modified:20 Sep 2011 08:47

Repository Staff Only: item control page