Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Transformasi pendidikan teknik dan vokasional : membentuk pemimpin masa depan

Kayan, Lis Christopher and Hamzah, Rohana and Udin, Amirmuddin (2010) Transformasi pendidikan teknik dan vokasional : membentuk pemimpin masa depan. edupress 2010 .

[img]
Preview
PDF
125Kb

Abstract

Selaras dengan konsep pendidikan seumur hidup, sistem Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) merupakan salah satu aliran yang diiktiraf atau dikenali sebagai satu sistem yang berperanan untuk membentuk individu yang mempunyai kemahiran teknikal yang tinggi seperti yang diingini oleh industri pada masa kini. Perubahan masa dan perkembangan teknologi pada masa ini menuntut perubahan kepada sistem PTV untuk membentuk generasi yang berkebolehan dalam kepimpinan. Kertas kerja ini membincangkan mengenai transformasi Pendidikan Teknik dan Vokasional(PTV), dalam membentuk pemimpin masa depan. Bagi mencapai matlamat tersebut, pelbagai usaha dan pengubahsuaian dalam perlaksanaan sistem PTV untuk mempersiapkan individu yang berkebolehan tinggi dalam bidang kemahiran dan pengetahuan teknikal sekaligus dalam membentuk insan yang mempunyai kredibiliti sebagai seorang pemimpin.

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:14916
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:15 Sep 2011 05:14
Last Modified:15 Sep 2011 05:14

Repository Staff Only: item control page