Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kajian Aplikasi Ergonomik Terhadap Pelajar Ketika Melakukan Kerja-Kerja Amali Bengkel Di Kalangan Pelajar-Pelajar 4 SPH PKPG Fakulti Pendidikan UTM

Mohd Said, Mohd Rizal and Zahari, Rahizah (2011) Kajian Aplikasi Ergonomik Terhadap Pelajar Ketika Melakukan Kerja-Kerja Amali Bengkel Di Kalangan Pelajar-Pelajar 4 SPH PKPG Fakulti Pendidikan UTM. Journal of Technical, Vocational & Engineering Educational, 3 . pp. 116-131. ISSN 2231-7376

[img]
Preview
PDF
246kB

Abstract

Ergonomik berasal daripada perkataan Greek iaitu “ergon” yang bermaksud kerja sementara “nomos” membawa maksud peraturan. Menurut International Labour Organization (ILO) pula, ergonomik ialah aplikasi sains biologi manusia berhubung dengan sains kejuruteraan di antara pekerja dengan persekitarannya. Kajian ini dijalankan bagi meninjau aplikasi ergonomik terhadap keselamatan pelajar ketika mereka melakukan kerja amali di bengkel. Kaedah yang digunakan adalah berbentuk penyelidikan deskriptif yang menggunakan soal selidik bagi meninjau aspek ergonomik daripada pandangan pelajar semasa mereka melakukan kerja. Seramai 90 orang responden terlibat secara langsung terdiri daripada pelajar-pelajar tahun akhir 4 SPH PKPG yang sentiasa menggunakan bengkel di N30 untuk melakukan kerja-kerja amali. Kesemua data yang diperolehi diproses menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For Social Science) for Windows version 14.0 untuk mendapatkan nilai kekerapan, min dan peratus. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap ergonomik terhadap keselamatan pelajar ketika melakukan kerja amali di bengkel secara keseluruhan adalah tinggi. Berdasarkan tiga aspek yang dikaji iaitu pengetahuan ergonomik pelajar, kepentingan keselamatan dan keadaan persekitaran di bengkel mencatatkan tahap yang tinggi. Ini menunjukkan kesedaran yang tinggi di kalangan pelajar-pelajar ini bagi meningkatkan keselesaan semasa melakukan kerja-kerja amali di stesyen kerja seterusnya meningkatkan suasana kerja yang selamat, selesa dan memberi kepuasan yang maksimum selain mengelakkan sebarang kemungkinan yang berlaku. Katakunci: Aplikasi Ergonomik, Kerja Amali Bengkel, PKPG

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:14809
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:12 Sep 2011 03:34
Last Modified:11 Sep 2017 02:47

Repository Staff Only: item control page