Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor

Abu Bakar, Zainudin and Muhamad Nor, Nor Hisham (2011) Pendekatan Pengajaran Guru Dan Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Senai, Johor. Journal of Technical, Vocational & Engineering Educational, 3 . pp. 67-78. ISSN 2231-7376

[img]
Preview
PDF
173kB

Abstract

Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan yang bertujuan mengkaji pendekatan pengajaran guru dan kesannya terhadap tahap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup (KH). Terdapat dua pendekatan pengajaran yang telah ditinjau iaitu pendekatan pengajaran secara penyelesaian masalah dan pendekatan pengajaran secara induktif. Instrumen yang telah digunakan ialah soal selidik. Ia bertujuan untuk melihat hubungan antara pendekatan pengajaran guru dan kesannya terhadap tahap pencapaian pelajar. Seramai 201 responden terdiri daripada 97 orang pelajar lelaki dan 104 orang pelajar perempuan telah terlibat dalam kajian ini. Data-data dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan “Statistical Package for Social Sciences for Windows (SPSS) Version 13.5”. Statistik deskriptif telah digunakan. Hasil kajian menunjukkan kebanyakan guru KH lebih gemar menggunakan pendekatan pengajaran secara induktif berbanding pendekatan pengajaran secara penyelesaian masalah. Didapati juga tiada hubungan yang signifikan wujud di antara pendekatan pengajaran dengan tahap pencapaian pelajar. Justeru itu para pendidik tidak hanya terfokus kepada pendekatan pengajaran yang digunakan tetapi juga lain-lain aspek berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Katakunci: Pendekatan Pengajaran Guru, Kesan Pencapaian Pelajar, Mata Pelajaran Kemahiran Hidup

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:14805
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:12 Sep 2011 03:22
Last Modified:11 Sep 2017 01:11

Repository Staff Only: item control page