Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pelatih Pusat Giatmara Memilih Bidang Elektrik Dan Elektronik Di Daerah Johor Bahru

Mukhari, Abd. Wahid and Ab. Salam, Siti Saleha (2011) Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pelatih Pusat Giatmara Memilih Bidang Elektrik Dan Elektronik Di Daerah Johor Bahru. Journal of Technical, Vocational & Engineering Educational, 3 . pp. 52-66. ISSN 2231-7376

[img]
Preview
PDF
249kB

Abstract

Penyelidikan ini dilaksanakan bertujuan mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pelatih pusat GIATMARA memilih bidang Elektrik dan Elektronik di daerah Johor Bahru. Faktor-faktor yang dikaji tertumpu kepada faktor mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah, Program Kaunseling Kerjaya di sekolah, rakan sebaya, maklumat daipada laman web GIATMARA, dan peluang kerjaya.Responden penyelidikan terdiri daripada 74 orang pelatih pusat GIATMARA di sekitar daerah Johor Bahru yang sedang mengikuti kursus dalam bidang Elektrik dan Elektronik.Kajian rintis telah dijalankan kepada 20 orang pelatih yang sedang mengikuti kursus dalam bidang Elektrik di pusat GIATMARA Batu Pahat dan nilai kebolehpercayaan yang diperolehi adalah 0.968. Dapatan penyelidikan menunjukkan empat daripada lima faktor yang dikaji mempengaruhi pelatih pusat GIATMARA memilih bidang Elektrik dan Elektronik. Faktor yang paling mempengaruhi adalah faktor peluang kerjaya, diikuti faktor mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah, Program Kaunseling Kerjaya di sekolah dan rakan sebaya. Katakunci: Faktor Mempengaruhi Pelatih, Pusat Giatmara, Elektrik Dan Elektronik

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:14804
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:12 Sep 2011 03:19
Last Modified:11 Sep 2017 03:37

Repository Staff Only: item control page