Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Perlaksanaan E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Fakulti Pendidikan Dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

Sihes, Ahmad Johari and Sani, Norbaizura (2011) Perlaksanaan E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Fakulti Pendidikan Dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Journal of Technical, Vocational & Engineering Educational, 3 . pp. 33-51. ISSN 2231-7376

[img]
Preview
PDF
268kB

Abstract

Dalam sektor pendidikan di Malaysia, e-pembelajaran merupakan satu cabang baru dalam pembelajaran berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang mana membolehkan pembelajaran berlaku tanpa mengira tempat, jarak, usia dan masa. Kajian ini merupakan kajian deskriptif yang bertujuan untuk meninjau perlaksanaan e-pembelajaran di kalangan pelajar Fakulti Pendidikan dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor.Fokus kajian ini ialah kesediaan pelajar terhadap perlaksanaan e-pembelajaran, minat dan sikap pelajar yang mendorong dalam penggunaan e-pembelajaran dan masalah yang sering dihadapi oleh pelajar semasa menggunakan e-pembelajaran.Seramai 118 orang pelajar dari Fakulti Pendidikan dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor menjadi responden dalam kajian ini. Satu set soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian dan analisis data menggunakan perisian “Statistical Packages For Social Sciences (SPSS)” for Windows Release 12.0 bagi mendapatkan min dan peratus data. Kajian rintis telah dijalankan terhadap 10 orang pelajar untuk menguji kebolehpercayaan instrumen kajian dan nilai pekali kebolehpercayaan adalah 0.80 dengan menggunakan kaedah Cronbach Aalpha.Secara keseluruhannya, tinjauan terhadap perlaksanaan e-pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran di Fakulti Pendidikan dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor berada pada tahap sederhana.Justeru itu, pihak universiti dan fakulti perlu meningkatan lagi kesedaran pelajar-pelajar terhadap kepentingan e-pembelajaran untuk menyahut seruan universiti yang ingin menjadikan Univesiti Teknologi Malaysia sebagai universiti bertaraf dunia. Katakunci: Tahap Kesediaan, Kemahiran Hidup, Subjek Rekacipta

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:14803
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:12 Sep 2011 03:16
Last Modified:11 Sep 2017 04:57

Repository Staff Only: item control page