Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesesuaian Isi Kandungan,Masa,Kemudahan Dan Alatan Dan Kaedah Tunjuk Cara (Demonstrasi) Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Teknikal Dari Perspektif Guru-Guru Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Di Daerah Kuala Krai, Kelantan

Hamdan, Abdul Rahim and Ismail, Mohd Zawawi (2011) Kesesuaian Isi Kandungan,Masa,Kemudahan Dan Alatan Dan Kaedah Tunjuk Cara (Demonstrasi) Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Teknikal Dari Perspektif Guru-Guru Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Di Daerah Kuala Krai, Kelantan. Journal of Technical, Vocational & Engineering Educational, 3 . pp. 14-32. ISSN 2231-7376

[img]
Preview
PDF
257kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesesuaian isi kandungan, peruntukan masa, kemudahan dan alatan dan kaedah tunjuk cara (demonstrasi) dalam matapelajaran Kemahiran Teknikal dari perspektif guru-guru Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah di Daerah Kuala Krai, Kelantan. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah tinjauan berbentuk soal selidik.Sampel yang digunakan terdiri daripada 30 orang guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Teknikal.Data yang diperolehi dianalisis menggunakan Pakej Statistik Untuk Sains Sosial (SPSS) Versi 11.5.Hasil daripada analisis diterjemahkan dalam bentuk frekuensi, peratus dan min. Hasil kajian mendapati nilai purata min keseluruhan bagi empat persoalan mencatatkan 3.7 iaitu pada tahap penilaian tinggi.Jika dihalusi secara lebih terperinci mengikut item menunjukkan bahawa persoalan kajian yang kedua mencatatkan nilai min 3.3 iaitu pada tahap penilaian sederhana. Di samping itu, ujian-t digunakan untuk melihat perbezaan kesesuaian isi kandungan, peruntukan masa ,kemudahan dan alatan dan kesesuaian kaedah tunjuk cara (demonstrasi) antara pengalaman mengajar guru-guru dalam mata pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat Menengah Rendah. Dapatan daripada ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesesuaian isi kandungan, peruntukan masa, kemudahan dan alatan dan kesesuaian kaedah tunjuk cara (demonstrasi) antara pengalaman mengajar guru-guru dalam mata pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat Menengah Rendah. Disarankan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dan Pihak Pentadbir Sekolah supaya mengkaji peruntukan masa yang dibekalkan untuk pengajaran matapelajaran Kemahiran Teknikal. Katakunci: Perspektif Guru, Kemahiran Teknikal, Kesesuaian Demonstrasi

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:14802
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:12 Sep 2011 03:11
Last Modified:11 Sep 2017 01:38

Repository Staff Only: item control page