Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Teori dan pemikiran mengenai hubungan etnik

Md. Yusoff, Rosman and Thukiman, Kassim (2008) Teori dan pemikiran mengenai hubungan etnik. In: Hubungan Etnik di Malaysia: Perspektif, Teori dan Praktik. Penerbit UTM Press, Skudai, Johor, pp. 17-54. ISBN 978-983-52-0724-2

[img] PDF (Fulltext)
750kB

Abstract

Teori Dan Pemikiran Mengenai Hubungan Etnik 17 2 TEORI DAN PEMIKIRAN MENGENAI HUBUNGAN ETNIK ROSMAN MD. YUSOFF KASSIM THUKIMAN 1.0 PENDAHUlUAN Perasaan perkauman di negara ini sejak merdeka sehingga kini tidak banyak berubah. Biarpun peristiwa 13 Mei 1969 menyedarkan banyak pihak tentang pentingnya perpaduan untuk keselamatan dan pembangunan negara tetapi ia tidak berupaya mengikis perasaan perkauman di kalangan kumpulan etnik di negara ini. Malahan pada masa ini, ikatan kesetiaan etnik memainkan peranan yang amat penting. Hampir seluruh kegiatan, tindakan dan pergerakan adalah berasaskan kepada etnik (Sanusi, 1984: 43-44). Jika keputusan pilihan raya 1986 boleh dijadikan sebagai ukuran perasaan perkauman di negara ini, kita boleh rumuskan bahawa perasaan perkauman kumpulan etnik di negara ini amat tebal. Pilihan raya 1986 memperlihatkan betapa parti yang bersifat perkauman sahaja yang mendapat tempat di hati pengundi. Parti yang tidak mengharapkan sokongan satu- satu kaum tidak mampu bersaing dengan parti yang bercorak perkauman. Ini mudah difahami kerana dalam masyarakat berbilang etnik yang kumpulan etniknya bersaing antara satu sama lain untuk merebut sumber kekayaan yang sama, seruan-seruan menggunakan faktor etnik biasanya dengan mudah dapat mengumpulkan sokongan daripada anggota-anggota kumpulan etnik itu (Sanusi, 1984: 43). Perasaan perkauman yang tebal ini wujud di sebalik usaha kerajaan untuk mewujudkan perpaduan antara etnik. Usaha itu termasuklah menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara selepas berlaku peristiwa 13 Mei 1969, menggubal Dasar Kebudayaan Kebangsaan, membentuk sistem pendidikan yang berorientasi perpaduan, penggubalan prinsip Rukun Negara dan melancarkan rancangan pembangunan 20 tahun Dasar Ekonomi Baru.

Item Type:Book Section
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Others
ID Code:14789
Deposited By: Siti Khairiyah Nordin
Deposited On:13 Sep 2011 02:35
Last Modified:14 Aug 2017 01:34

Repository Staff Only: item control page