Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Sikap pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris

Ab. Rahman, Hamidah and Isa, Mukheta and Nordin, Aziz and Abd. Majid, Norazman and Tumin, Sufaat and Muhammad, Faruk and A. Khalid, Aminah and Puteh, Fatimah and Bahari, Siti Fatimah and Zakariya, Zurihanmi (2009) Sikap pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris. In: Pembangunan Akademik: Beberapa Isu. Penerbit UTM Press, Skudai, Johor, pp. 1-20. ISBN 978-983-52-0723-5

[img] PDF (Fulltext)
518kB

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan tentang hasil kajian terhadap profil dan sikap sekumpulan pelajar tingkatan dua (1800 orang) di beberapa buah negeri di malaysia terhadap pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Profil pelajar yang dibincangkan termasuklah kedudukan sekolah, jantina, keturunan, latar belakang keluarga, kawasan kediaman, bahasa pertuturan di rumah, tahap pendidikan ibubapa/penjaga, pendedahan kepada bahasa inggeris, kelas tuisyen yang dihadiri dan tahap penguasaan bahasa inggeris. Perbincangan kertas kerja juga melibatkan pengukuran sikap pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris. Hasil kajian menunjukkan bahawa sebahagian besar pelajar (77.6%) begitu bersemangat untuk mempelajari sains dan matematik dalam bahasa inggeris. namun begitu, sebanyak 51.6% pelajar menyatakan mereka lebih suka belajar sains dalam bahasa ibunda dan sebanyak 57.6% menyatakan bahawa mereka suka belajar matematik dalam bahasa inggeris. selain daripada itu, terdapat juga beberapa cadangan untuk mengubah sikap pelajar terhadap penguasaan bahasa inggeris di dalam pembelajaran sains dan m atematik.

Item Type:Book Section
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions:Education
ID Code:14781
Deposited By: Siti Khairiyah Nordin
Deposited On:11 Sep 2011 09:18
Last Modified:14 Aug 2017 01:09

Repository Staff Only: item control page