Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Proses menerimapakai inovasi teknologi komunikasi untuk tujuan latihan dalam organisasi

Yaacob, Hashim Fauzy (2009) Proses menerimapakai inovasi teknologi komunikasi untuk tujuan latihan dalam organisasi. In: Amalan Latihan dan Pembangunan Sumber Manusia di Malaysia. Penerbit UTM Press, Skudai, Johor, pp. 17-29. ISBN 978-983-52-0722-8

[img] PDF (Fulltext)
309kB

Abstract

Kajian tentang inovasi te1ah mengalami peningkatan yang pesat beberapa dekad yang lalu, bermula pada era tahun 1960-an. Penelitian terhadap jurnal berkaitan ekonomi menunjukkan pertambahan bilangan yang besar iaitu 1026 pada tahun 1970-an, kepada 4917 pada tahun 1980-an, dan 6307 daripada tahun 1990 hingga 1996 (Cobbenhagen, 2000). Menurut Zaltman et al, (1973), konsep inovasi boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu: Proses membina item baru. Konsep ini merujuk kepada proses inovasi bermula dengan penyelidikan atau penawaran pasaran dan pembinaan untuk kegunaan yang meluas. Proses menerima pakai item baru. Merujuk kepada proses difusi, seperti proses menerima untuk mengguna atau mengimplementasi. Item baru itu sendiri. Hasil daripada proses pembangunan produk baru, perkhidmatan, proses, teknik pengurusan yang dipertingkatkan dan sebagainya. Sesuatu inovasi sama ada di dalam bidang teknologi atau bidang yang lain perlu diterima pakai oleh pihak lain seperti pengguna supaya sesuatu inovasi itu dapat memberi manfaat. Proses ini diistilahkan oleh Rogers (1991) sebagai resapan inovasi teknologi baru yang dipengaruhi oleh faktor-faktor daripada sifat- sifat inovasi itu sendiri. Sesuatu proses inovasi seperti dalam organisasi dianggap berjaya jika proses itu menyebabkan pelaksanaan, (termasuk menginstitusikan idea baru atau teknologi baru) bukan kepada keputusan untuk menerima sahaja. Proses terima pakai boleh mendorong kepada inovasi yang berterusan. Walau bagaimanapun, tidak semua inovasi akan diterima pakai.

Item Type:Book Section
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
Divisions:Management and Human Resource Development (Formerly known)
ID Code:14775
Deposited By: Siti Khairiyah Nordin
Deposited On:11 Sep 2011 09:16
Last Modified:14 Aug 2017 00:37

Repository Staff Only: item control page