Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi pekerja terhadap kesatuan sekerja: satu kajian di hotel di Johor Bahru

Abdul Wahab, Shah Rollah and Mohd. Ariff, Lily Suriani and Saari, Roziana and Baharim, Siti Fatimah and Nordin, Nor Akmar and Rajab, Azizah and Tee, Sher Bee (2009) Persepsi pekerja terhadap kesatuan sekerja: satu kajian di hotel di Johor Bahru. In: Amalan Latihan dan Pembangunan Sumber Manusia di Malaysia. Penerbit UTM Press, Skudai, Johor, pp. 201-217. ISBN 978-983-52-0722-8

[img] PDF (Fulltext)
481kB

Abstract

Pertikaian di antara majikan dan pekerja sering berlaku sekiranya wujud ketidakpuasan atau ketidakadilan terhadap sesebuah keputusan majikan terhadap pekerjanya. Kebiasaannya, pihak pekerja akan menyuarakan dan menyalurkan pendapat mereka melalui kesatuan sekerja yang bertindak sebagai wakil rasmi untuk berunding secara kolektif dengan majikan (Mariam, 1993). Kesatuan sekerja juga merujuk kepada satu pertubuhan yang berdikari, yang akan membuat perundangan kolektif dan terpisah dengan majikan yang berperanan untuk mengekalkan dan meningkatkan keadaan, persekitaran dan syarat pekerjaan dan menggunakan haknya untuk mencapai tujuan dan keperluan pekerja (Green, 1994; Mankiw, 2001). Berdasarkan senario di Malaysia, kesatuan sekerja merujuk kepada satu persatuan atau gabungan pekerja atau majikan yang bekerja di Malaysia dan keahliannya hendaklah terdiri daripada pekerja atau majikan dalam ketukangan, pekerjaan dan perindustrian yang tertentu atau yang seakan-akan sama. (Akta Kesatuan Sekerja 1959). Manakala menurut Poon (2002), kesatuan sekerja merujuk kepada satu pertubuhan pekerja atau majikan yang ditubuhkan untuk memajukan, memelihara dan memperbaiki kepentingan sosial, ekonomi serta politik ahli-ahlinya melalui tindakan kolektif.

Item Type:Book Section
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Management and Human Resource Development
ID Code:14768
Deposited By: Siti Khairiyah Nordin
Deposited On:12 Sep 2011 02:09
Last Modified:13 Aug 2017 01:55

Repository Staff Only: item control page