Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan politik dalam hubungan etnik

Zaini, Fadilah and Thukiman, Kassim (2009) Pembangunan politik dalam hubungan etnik. In: Hubungan Etnik di Malaysia: Perspektif, Teori dan Praktik. Penerbit UTM Press, Skudai, Johor, pp. 115-140. ISBN 978-983-52-0724-2

[img] PDF (Abstract)
486kB

Abstract

Perkembangan politik di Malaysia merupakan satu fenomena yang sangat menarik untuk dikaji dan dibincangkan. Perbincangan dalam bahagian ini memfokuskan tentang perkembangan kegiatan nasionalisme orang Melayu dan kegiatan politik bukan Melayu sama ada yang diiktiraf ataupun yang tidak diiktiraf oleh pihak penjajah British dalam usaha untuk mencapai kemerdekaan. Pada peringkat awal lagi, kedatangan British untuk menguasai dan menjajah negara ini telah dihalang oleh gerakan anti-penjajahan di setiap negeri. (Abdullah Zakaria Ghazali, 1982) Jelasnya, walaupun kedatangan British dengan pelbagai tipu muslihat, namun ia sedikitpun tidak menggoyahkan kekuatan politik untuk menentang mereka. Di sinilah muncul wira-wira dalam politik tanah air seperti Dato’ Dol Said, Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Dato’ Bahaman, Mat Kilau, Haji Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut, Mat Salleh, Rentap, Rosli Dhoby, Dato’ Kelana dan Dato’ Abd. Rahman Andak. Sesungguhnya perjuangan tokoh-tokoh terdahulu menggambarkan bahawa kemerdekaan negara ini bukan diperolehi dengan jalan mudah, tetapi sebaliknya dengan berkorban nyawa, darah, keringat dan air mata. (Buyong Adil, 1980).

Item Type:Book Section
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Others
ID Code:14762
Deposited By: Siti Khairiyah Nordin
Deposited On:12 Sep 2011 02:04
Last Modified:13 Aug 2017 01:49

Repository Staff Only: item control page