Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan model kompetensi juruteknik (J17) di Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah

Ahmad, Mariam and Ahmad Khalid, Aminah (2009) Pembangunan model kompetensi juruteknik (J17) di Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah. In: Amalan Latihan dan Pembangunan Sumber Manusia di Malaysia. Penerbit UTM Press, Skudai, Johor, pp. 293-306. ISBN 978-983-52-0722-8

[img] PDF (Fulltext)
398kB

Abstract

Bidang sumber manusia melalui evolusi dan masih terus dibincangkan untuk menemukan kaedah atau sistem yang terbaik untuk menguruskan dan membangunkannya. Daripada satu elemen yang kurang diendahkan peranannya dalam organisasi, sumber manusia kemudianya diperakukan sebagai modal penting yang memainkan peranan dan mencorakkan wajah dan prestasi organisasi. Justeru, nilai manusia dalam organisasi dilihat daripada pelbagai sudut dan lahirlah bidang seperti pengurusan prestasi, pengurusan bakat, pembangunan kompetensi dan sebagainya. Gupta (1999) memetik Dubois, 1993, yang menyatakan konsep kompetensi telah diperkenalkan dalam tahun 1950-an oleh Robert White dan David McClelland. Bertolak daripada situ, pengamal bidang pembangunan sumber manusia telah menggarab dan menggunakan kompetensi untuk proses pengambilan, penentuan keperluan latihan, dan pengurusan prestasi. Kecenderungan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia menggunakan kompetensi sebagai pengukur prestasi dapat dilihat dengan pelaksanaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) untuk menentukan pergerakan gaji dalam Sistem Saraan Malaysia (SSM). PTK bagi jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam Malaysia mengukur tiga komponen utama iaitu pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi. Mekanisme khusus diwujudkan bagi pelaksanaan dan pemantauan PTK bermula dengan Lembaga Penilaian Kompetensi Perkhidmatan Awam, Lembaga Penilaian Kompetensi Kementerian, Panel Peperiksaan, Panel Penilaian Kursus, dan Panel penilaian bagi pegawai berkelayakan PMR ke bawah.

Item Type:Book Section
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Management and Human Resource Development
ID Code:14761
Deposited By: Siti Khairiyah Nordin
Deposited On:12 Sep 2011 02:07
Last Modified:08 Oct 2017 06:34

Repository Staff Only: item control page