Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan ekonomi dalam hubungan Etnik

Abdul Rahman, Hamidah and Daud, Muhammad and Ahmad, Norlin and Atoma, Paimah (2009) Pembangunan ekonomi dalam hubungan Etnik. In: Hubungan Etnik di Malaysia: Perspektif, Teori dan Praktik. Penerbit UTM Press, Skudai, Johor, pp. 185-198. ISBN 978-983-52-0724-2

[img] PDF (Fulltext)
346kB

Abstract

Konsep pembangunan membawa maksud yang amat luas sama ada dari segi pengertiannya mahupun pelaksanaannya. Ini berikutan dengan pengertian pembangunan itu sendiri mengikut bidang-bidang yang diperbincangkan. Ada yang membincangkannya dari perspektif politik dan ada yang membincangkannya mengikut perspektif ekonomi dan sosial. Oleh itu kepelbagaian bidang ini telah menghasilkan pelbagai bentuk pengertian yang amat luas dan kompleks. Bab ini menbincangkan pembangunan ekonomi negara dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. Antara perkara yang dibincangkan ialah sejarah perkembangan ekonomi Malaysia yang telah melalui beberapa perubahan bermula daripada era pra-penjajah sehingga kini. Penumpuan diberikan kepada dasar-dasar pembangunan ekonomi negara seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dan Dasar Wawasan Negara (DWN). Dasar-dasar ekonomi tersebut bukanlah hanya tertumpu kepada pembangunan ekonomi semata-mata tetapi juga penekanan diberikan pada aspek keadilan sosial bagi semua kaum di Malaysia

Item Type:Book Section
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Others
ID Code:14760
Deposited By: Siti Khairiyah Nordin
Deposited On:12 Sep 2011 01:58
Last Modified:13 Aug 2017 01:46

Repository Staff Only: item control page