Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Masyarakat multietnik di Malaysia dan Britain

Atoma, Paimah (2009) Masyarakat multietnik di Malaysia dan Britain. In: Hubungan Etnik di Malaysia: Perspektif, Teori dan Praktik. Penerbit UTM Press, Skudai, Johor, pp. 199-218. ISBN 978-983-52-0724-2

[img] PDF (Fulltext)
486kB

Abstract

Malaysia dan Britain merupakan dua negara yang amat berbeza terutama jika dilihat dari aspek geografi, struktur sosial dan sistem ekonominya. Bagaimanapun, di samping perbezaan-perbezaan yang jelas ini terdapat sedikit persamaan antara kedua-dua negara iaitu dari segi komposisi penduduknya yang bercorak multietnik. Apa yang lebih menarik ialah tentang sejarah kewujudan masyarakat multietnik di kedua-dua negara ini yang mempunyai sedikit perkaitan antara satu sama lain jika dilihat dalam konteks peranan kolonial British itu sendiri. Masyarakat multietnik di Malaysia terbentuk kerana kesan daripada penjajahan British. Manakala di Britain pula, kewujudan masyarakat multietnik adalah kerana British ingin menunjukkan bahawa mereka mempunyai tanggungjawab sosial ke atas negara- negara yang pernah mereka jajah. British memberikan peluang kepada rakyat dari negara yang pernah mereka jajah untuk datang ke Britain mengisi peluang-peluang pekerjaan yang sesuai dan seterusnya diberikan taraf kerakyatan iaitu sebagai warganegara British.

Item Type:Book Section
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Others
ID Code:14751
Deposited By: Siti Khairiyah Nordin
Deposited On:12 Sep 2011 01:45
Last Modified:13 Aug 2017 01:29

Repository Staff Only: item control page