Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Ke Arah Pembentukan Model Pemantauan Prestasi Pengurusan Projek Perisian

Mohd Sappri, Mazlan (2005) Ke Arah Pembentukan Model Pemantauan Prestasi Pengurusan Projek Perisian. Jurnal Teknologi E, 43 (E). pp. 87-99. ISSN 0127-9696

[img]
Preview
PDF
640Kb

Abstract

Pembangunan Perisian Merupakan Suatu Proses Yang Kompleks Dan Dinamik Mengikut Evolusi Perisian Dari Semasa Ke Semasa. Pengurusan Projek Yang Efektif Adalah Penting Bagi Memastikan Kejayaan Pembangunan Perisian. Kumpulan Pembangunan Perisian Mempunyai Tanggungjawab Dalam Menyediakan Sistem Komputer Yang Menepati Kualiti Perisian Dan Keperluan Pengguna Akhir. Selalunya, Sistem Yang Dihasilkan Tidak Memenuhi Kehendak Sebenar Pengguna. Metrik Perisian Menyediakan Penyelesaian Bagi Isu Kualiti Perisian Melalui Maklum Balas Kepada Pengurus Projek Dalam Memantau Status Projek. Kajian Ini Adalah Berkenaan Dengan Pembentukan Model Pemantauan Prestasi Pengurusan Projek Perisian Berasaskan Metrik Yang Akan Dijadikan Panduan Dalam Memandu Proses Pembangunan Perisian Pada Fasa Keperluan, Fasa Reka Bentuk Dan Fasa Implementasi. Fokus Kajian Juga Mengambil Kira Bagaimana Pemantauan Dilakukan Ke Atas Budaya Pembangunan. Bagi Tujuan Ini, Alat Bantu Iaitu Staff Evaluation & Monitoring Program (Stemp) Telah Dibangunkan Untuk Memproses Nilai Metrik Dan Mempersembahkan Maklumat Seperti Perbandingan Masa Suatu Aktiviti Dan Masa Yang Diambil Untuk Pembetulan Ralat. Seterusnya Output Ini Akan Digunakan Untuk Menyokong Aktiviti Pembuatan Keputusan Oleh Kumpulan Projek. Sebagai Kesimpulannya Kajian Ini Menerangkan Bagaimana Metrik-Metrik Dipilih Dan Bagaimana Ia Diimplementasikan Bagi Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Pembangunan Projek Perisian.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Metrik Perisian, Pemantauan, Prestasi Staf, Kualiti, Penilaian
Subjects:Q Science > Q Science (General)
ID Code:1472
Deposited By: En Mohd. Nazir Md. Basri
Deposited On:07 Mar 2007 01:17
Last Modified:01 Jun 2010 02:54

Repository Staff Only: item control page