Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi guru dan pelajar terhadap perlakuan buli di kalangan pelajar sekolah menengah daerah Batu Pahat

Yahaya, Azizi and Ahmad, Abdul Latif (2005) Persepsi guru dan pelajar terhadap perlakuan buli di kalangan pelajar sekolah menengah daerah Batu Pahat. Jurnal Teknologi E (43E). pp. 63-86. ISSN 0127-9696

[img]
Preview
PDF
514Kb

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/jurnal/artikel....

Abstract

Kajian Ini Bertujuan Untuk Mengenal Pasti Kekerapan Dan Jenis Perlakuan Buli Serta Program-Program Intervensi Yang Terdapat Di Sekolah Menengah Di Daerah Batu Pahat. Kajian Ini Juga Bertujuan Untuk Mengenal Pasti Persepsi Pelajar Dan Guru Tentang Perlakuan Buli Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Serta Isu-Isu Keselamatan. Seramai 80 Orang Guru Dan 480 Orang Pelajar Dari Lapan Buah Sekolah Menengah Daerah Batu Pahat Yang Dipilih Secara Rawak Dilibatkan Dalam Kajian Ini. Segala Maklumat Dikumpulkan Melalui Instrumen Soal Selidik Hubungan Sebaya (Peer Relations Questionnaire – Prq) Dan Soal Selidik Sifat Dan Kelaziman Perlakuan Buli Di Sekolah. Hasil Kajian Menunjukkan Bahawa Terdapat Perbezaan Persepsi Antara Pelajar Dan Guru Berkenaan Kekerapan Buli Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Perlakuan Buli Secara Verbal Merupakan Perlakuan Buli Yang Paling Kerap Berlaku Berbanding Perlakuan Buli Secara Fizikal. Guru Dan Pelajar Juga Sependapat Bahawa Mereka Perlu Disedarkan Dan Saling Bekerjasama Untuk Mencegah Dan Menangani Masalah Perlakuan Buli Ini Di Sekolah. Tahap Keinginan Pelajar Untuk Membuli Berada Pada Tahap Yang Rendah. Vandalisma Atau Merosakkan Harta Benda Sekolah Merupakan Isu Keselamatan Yang Dianggap Pelajar Sebagai Paling Serius Di Sekolah. Rakan Merupakan Orang Yang Paling Kerap Dirujuk Oleh Pelajar Berbanding Pihak Lain Berkenaan Masalah Buli Di Sekolah. Program Intervensi Mempunyai Hubungan Yang Signifikan Dengan Kekerapan Perlakuan Buli Pada Tahap Sederhana. Menurut Persepsi Guru, Program Intervensi Berasaskan Sekolah Terutama Sekali Peraturan Sekolah Dan Lembaga Disiplin Sekolah Merupakan Program Intervensi Yang Paling Berkesan Bagi Mencegah Dan Menangani Masalah Perlakuan Buli Di Sekolah Menengah.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Perlakuan Buli, Kekerapan, Persepsi, Intervensi, Perlakuan Buli Verbal, Perlakuan Buli Fizikal
Subjects:Q Science > Q Science (General)
Divisions:Management and Human Resource Development (Formerly known)
ID Code:1469
Deposited By: En Mohd. Nazir Md. Basri
Deposited On:07 Mar 2007 01:08
Last Modified:16 Jan 2012 09:06

Repository Staff Only: item control page