Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Analisis kumpulan hidroksil permukaan dan tapak asid zeolit beta daripada abu sekam padi dengan kaedah spektroskopi FTIR

Prasetyoko, Didik and Endud, Salasiah and Ramli, Zainab (2003) Analisis kumpulan hidroksil permukaan dan tapak asid zeolit beta daripada abu sekam padi dengan kaedah spektroskopi FTIR. Jurnal Teknologi C (38C). pp. 1-14. ISSN 0127-9696

[img]
Preview
PDF
632kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/onlinejournal/38/C/JT38...

Abstract

Analisis permukaan ke atas kumpulan hidroksil dan keasidan zeolit adalah penting dalam menentukan keberkesanan zeolit sebagai mangkin heterogen yang baik. Kajian jenis kumpulan hidroksil dan sifat keasidan telah dijalankan ke atas zeolit beta (BEA) yang disintesis daripada abu sekam padi berhablur secara terus pada nisbah SiO2/Al2O3 antara 20 – 90 bagi campuran gel pada suhu 150°C. Penentuan kumpulan hidroksil dan keasidan diamati dengan menggunakan kaedah spektroskopi FTIR dan penjerapan piridina sebagai molekul pengesan sifat asid. Keputusan menunjukkan hasil sintesis yang dikalsinkan pada suhu 400°C untuk penguraian templat organik menyebabkan pembentukan kumpulan hidroksil bagi silanol terminal dan tapak cacat (3740 cm–1), aluminium luar kerangka (3689 cm–1), dan aluminium kerangka (3608 cm–1). Semakin tinggi nisbah SiO2/Al2O3 sampel, semakin bertambah nisbah kumpulan silanol berbanding hidroksil aluminium kerangka. Regangan hidroksil yang terikat pada aluminium kerangka beranjak kepada frekuensi yang lebih rendah dengan pertambahan nisbah SiO2/Al2O3 gel. Semua sampel menunjukkan kehadiran kedua-dua tapak asid Brønsted dan Lewis, dengan jumlah asid Brønsted berkurang dengan pertambahan nisbah SiO2/Al2O3.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:zeolit b, abu sekam padi, kumpulan hidroksil, keasidan, penjerapan piridina.
Subjects:Q Science > QD Chemistry
Divisions:Science
ID Code:1461
Deposited By: Norhayati Abu Ruddin
Deposited On:07 Mar 2007 00:33
Last Modified:01 Nov 2017 04:17

Repository Staff Only: item control page