Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Konsep-konsep asas hubungan etnik

Abdul Rahman, Hamidah and Ahmad, Norlin and Abdul Wahab, Shah Rollah (2009) Konsep-konsep asas hubungan etnik. In: Hubungan Etnik di Malaysia: Perspektif, Teori dan Praktik. Penerbit UTM Press, Skudai, Johor, pp. 1-16. ISBN 978-983-52-0724-2

[img] PDF (Fulltext)
390kB

Abstract

Bab ini akan membincangkan beberapa konsep sosiologi yang sering digunakan dalam aspek hubungan etnik khususnya dalam konteks negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik. Konsep- konsep ini dibincangkan supaya dapat memberi kefahaman tentang terminologi sosiologi yang digunakan dan dapat memudahkan seseorang memahami fenomena hubungan etnik di negara ini. Sosiologi ialah satu cabang ilmu pengetahuan dalam bidang sains sosial yang melihat dan memahami proses interaksi antara manusia yang melibatkan proses pembentukan kumpulan dan perhubungan yang wujud dalam sesebuah kelompok manusia. Persoalan utama dalam bidang sosiologi ialah tentang peranan dan struktur masyarakat dalam menjalani kehidupan mereka. Malaysia sebagai sebuah negara yang terdiri dari masyarakat berbilang etnik semestinya sentiasa berusaha melaksanakan kehidupan yang harmoni untuk mewujudkan perpaduan sejati. Untuk itu, satu kefahaman yang mendalam tentang hubungan etnik yang wujud harus dibina di kalangan masyarakat, terutamanya golongan remaja. Bab ini akan menjelaskan beberapa konsep penting yang mempunyai kaitan rapat dalam membicarakan aspek hubungan etnik di Malaysia.

Item Type:Book Section
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions:Management and Human Resource Development
ID Code:14559
Deposited By: Siti Khairiyah Nordin
Deposited On:26 Aug 2011 03:31
Last Modified:13 Aug 2017 01:19

Repository Staff Only: item control page