Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Keberkesanan latihan di kalangan kakitangan kumpulan sokongan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Darul Aman

Md. Ali, Azlah and Thuaibah, Thuaibah and Omar, Rozeyta and Mohamad Zip, Noor Ella and Ismail, Nor Suziani and Zulkifli, Thahiroh (2009) Keberkesanan latihan di kalangan kakitangan kumpulan sokongan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Darul Aman. In: Amalan Latihan dan Pembangunan Sumber Manusia di Malaysia. Penerbit UTM Press, Skudai, Johor, pp. 57-82. ISBN 978-983-52-0722-8

[img] PDF (Fulltext)
1MB

Abstract

Latihan merupakan salah satu alternatif dalam melahirkan tenaga kerja yang cekap, berpengetahuan dan berkemahiran. Menurut Ibrahim Mamat (2006), latihan dalam organisasi merupakan satu program pembelajaran yang dirancang untuk mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan prestasi kaki tangan. Menurut Anwar (1997), kebanyakan syarikat tempatan gagal dalam menyediakan latihan yang sesuai kepada pekerja walaupun ia menjadi salah satu insentif kepada pekerja. Memandangkan mereka bentuk program dan mengurus fungsi latihan itu sangat penting, maka pengendalian kedua-dua aktiviti ini harus dipertanggungjawabkan kepada individu yang terlatih dalam bidang latihan dan pembangunan sumber manusia. Kejayaan sesuatu program latihan bergantung kepada reka bentuk program yang komprehensif, kemahiran jurulatih dalam bidang kejurulatihan dan kebolehan pengurus program yang dapat menguruskan semua sumber dengan cekap.

Item Type:Book Section
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions:Management and Human Resource Development
ID Code:14556
Deposited By: Siti Khairiyah Nordin
Deposited On:26 Aug 2011 03:14
Last Modified:13 Aug 2017 01:14

Repository Staff Only: item control page