Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan antara pencapaian akademik dengan darjah kongruen personaliti-persekitaran di kalangan pelajar Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

Mahfar, Mastura and Tan, Soo Yin (2009) Hubungan antara pencapaian akademik dengan darjah kongruen personaliti-persekitaran di kalangan pelajar Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. In: Pembangunan Akademik: Beberapa Isu. Penerbit UTM Press, Skudai, Johor, pp. 33-46. ISBN 978-983-52-0723-5

[img] PDF (Fulltext)
396kB

Abstract

Kajian ini bertujuan meninjau bentuk pola personaliti-persekitaran serta tahap darjah kongruen di kalangan 108 orang pelajar tahun tiga kursus sarjana Muda sains serta Pendidikan Matematik (sPM) di fakulti Pendidikan, sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) (shf) di fakulti Pengurusan dan Pembangunan sumber Manusia serta sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum (sKP) di fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan sumber asli, universiti teknologi Malaysia, skudai. teori tipologi Kerjaya holland (1973) yang menyatakan bahawa keselarasan atau kekongruenan personaliti-persekitaran mempengaruhi pencapaian akademik pelajar telah dijadikan sebagai rujukan utama kajian ini. antara objektif kajian ialah 1) mengenal pasti pola personaliti-persekitaran dan tahap darjah kongruen di kalangan pelajar ketiga-tiga kursus 2) mengenal pasti hubungan antara pencapaian akademik dengan darjah kongruen di kalangan pelajar ketiga-tiga kursus. alat kajian self-Directed search (sDs) telah digunakan bagi meninjau pola personaliti-persekitaran responden. indeks Kongruen iachan pula telah digunakan bagi memperolehi tahap darjah kongruen. Kaedah analisis deskriptif yang digunakan ialah pemeratusan dan min skor. Kolerasi Pearson ‘r’ digunakan dalam analisis inferensi bagi menjawab hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 1) Kod tiga huruf pengkaji bagi kursus shf adalah sama dengan kod tiga huruf holland serta dikategorikan mempunyai padanan yang baik 2) Tidak terdapat perhubungan signifikan antara pencapaian akademik dengan darjah kongruen personaliti-persekitaran di kalangan pelajar bagi ketiga-tiga kursus. Kesimpulan kajian ini menunjukkan bahawa kekongruenan personaliti-persekitaran bukanlah penentu utama bagi pencapaian akademik pelajar bagi ketiga-tiga kursus berkenaan.

Item Type:Book Section
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions:Management and Human Resource Development
ID Code:14547
Deposited By: Siti Khairiyah Nordin
Deposited On:26 Aug 2011 03:30
Last Modified:13 Aug 2017 01:02

Repository Staff Only: item control page