Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap kesediaan kemahiran generik pelajar tahun akhir yang mengambil mata pelajaran fizik di fakulti pendidikan, UTM

Mohd. Esam, Noreen and Mohamed Said, Mohd. Nihra Haruzuan and Ali, Mohd. Fadzli (2007) Tahap kesediaan kemahiran generik pelajar tahun akhir yang mengambil mata pelajaran fizik di fakulti pendidikan, UTM. In: Persidangan Pengajaran dan Pembelajaran di Peringkat Pengajian Tinggi, 2007, Kuala Lumpur.

Full text not available from this repository.

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap kesediaan kemahiran generik bagi pelajar tahun akhir yang mengambil mata pelajaran Fizik sebagai persediaan sebelum memasuki alam pekerjaan sebenar. Kajian ini berdasarkan kepada tujuh kemahiran generik yang telah digariskan dalam Atribut Graduan UTM iaitu kemahiran komunikasi, kemahiran bekerja dalam kumpulan, kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran menyesuaikan diri, pembelajaran sepanjang hayat, keyakinan diri dan etika. Responden kajian ini adalah terdiri daripada 79 orang pelajar tahun akhir yang mengambil mata pelajaran Fizik (SPP, SPF, SPM, SPN) di Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai bagi sesi pengajian 2006/2007. Pengkaji telah menggunakan borang soal selidik yang mengandungi 48 item berbentuk soalan objektif sebagai alat kajian bagi mendapatkan data. Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah α = .91. Data yang telah dikumpul dianalisis secara deskriptif dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min serta dipersembahkan dalam bentuk jadual. Hasil kajian menunjukkan majoriti responden berada pada tahap kesediaan yang tinggi berdasarkan kepada tujuh kemahiran generik yang dinilai. Daripada hasil kajian ini juga didapati bahawa pelajar sangat bersetuju untuk memperbaiki penguasaan Bahasa Inggeris dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:generic skills, physics, Faculty of Education, UTM
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:14504
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:25 Aug 2011 03:53
Last Modified:08 Aug 2017 04:31

Repository Staff Only: item control page