Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kajian sifat kehausan dan kekerasan komposit matriks aluminium

Idris, Jamaliah and Salim, Farid and Suliman, Zahrulail and Osman, Edynoor (2003) Kajian sifat kehausan dan kekerasan komposit matriks aluminium. Jurnal Teknologi A (38A). pp. 11-24. ISSN 0127-9696

[img]
Preview
PDF
978kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/onlinejournal/38/A/JT38...

Abstract

Dewasa ini, bahan komposit matriks logam digunakan dengan meluas dalam sektor perindustrian terutamanya industri automotif dan pengangkutan udara. Kajian ini menekankan kepada penghasilan komposit aluminium yang ditetulangi dengan 20% dan 40% partikel SiC melalui kaedah penekanan sejuk proses metalurgi serbuk. Pensinteran pada suhu 450°C dan 550°C dilakukan bagi meningkatkan sifat-sifat mekanikal spesimen yang telah dihasilkan. Objektif kajian adalah merangkumi kepada pengujian ke atas sifat kekerasan dan sifat haus spesimen yang dihasilkan. Ujian kekerasan Vickers menunjukkan Al tulen/SiC/40p yang disinter pada suhu 550°C menunjukkan nilai kekerasan yang maksimum iaitu 90.3 Hv. Sementara itu, ujian haus ‘pin-on disc’ juga menunjukkan bahawa Al tulen/SiC/40p memberikan sifat rintangan haus yang terbaik. Ini menunjukkan rintangan haus bertambah apabila nilai kekerasan semakin tinggi.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Teknik metalurgi serbuk, pensinteran, komposit matriks aluminium, ujian kekerasan Vickers, ujian haus ‘pin-on disc’
Subjects:T Technology > TN Mining engineering. Metallurgy
Divisions:Mechanical Engineering
ID Code:1448
Deposited By: Norhayati Abu Ruddin
Deposited On:06 Mar 2007 07:32
Last Modified:01 Nov 2017 04:17

Repository Staff Only: item control page