Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengaruh Penyelitan Plat Orifis Dalam Mengurangkan Emisi Dari Pembakar

Mohd. Jaafar, Mohammad Nazri and Abdul Rahman, Mohd. Rosdzimin and Ishak, Mohamad Shaiful Ashrul and Appalanidu, Kiran Babu (2002) Pengaruh Penyelitan Plat Orifis Dalam Mengurangkan Emisi Dari Pembakar. Jurnal Teknologi F (37F). pp. 45-54. ISSN 0127-9696

[img]
Preview
PDF
518kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/onlinejournal/37/F/JT37...

Abstract

Penyelidikan telah dijalankan ke atas plat orifis pelbagai saiz yang dipasangkan pada keluaran pemusar udara sebuah pembakar berbahan api cecair yang berdiameter dalam 163 mm dan panjangnya 280 mm. Pembakar ini menggunakan kerosin sebagai bahan api. Terdapat dua saiz plat orifis yang setiap satunya berdiameter 25 mm dan 30 mm telah digunakan dengan pemusar udara aliran jejarian yang mempunyai sudut bilah 30°. Dalam ujikaji ini, penyelitan plat orifis ini akan menyebabkan peningkatan terhadap kehilangan tekanan di bahagian keluaran pemusar dan seterusnya meningkatkan aliran gelora yang akan menambah kadar percampuran bahan api dengan udara. Pemancit bahan api semburan paksi yang mempunyai dua lubang keluaran telah dipasangkan di bahagian belakang pemusar udara. Kadar alir bahan api menjadi parameter yang diubah dalam ujikaji yang dijalankan. Keputusan yang diperolehi menunjukkan dengan penyelitan plat orifis, emisi Nox berjaya dikurangkan sebanyak 50% bagi penyelitan plat orifis 25 mm, manakala CO sebanyak 5% dan CO2 sebanyak 20% jika dibandingkan dengan kes tanpa penyelitan plat orifis.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Plat orifis, emisi NOx, pemusar udara, emisi CO, pemancit bahan api
Subjects:T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Divisions:Mechanical Engineering
ID Code:1443
Deposited By: Norhayati Abu Ruddin
Deposited On:06 Mar 2007 04:58
Last Modified:01 Nov 2017 04:17

Repository Staff Only: item control page