Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik pelajar

Othman, Nooraini and Subari, Halimatusa'diah (2011) Hubungan kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik pelajar. In: Seminar Pendidikan 2011.

[img] Microsoft Word
71Kb

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti hubungan kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar tingkatan 4 sekolah menengah di Daerah Batu Pahat, Johor. Pemilihan sampel secara rawak mudah telah dilakukan dan seramai 445 orang pelajar tingkatan 4 dari sepuluh buah sekolah menengah telah dipilih sebagai responden. Kajian ini dilakukan secara kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen untuk mendapatkan data dan seterusnya data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis statistik deskriptif dan analisis statistik inferensi dengan bantuan Statistical Packages For Social Sciences (SPSS versi 17.00 untuk windows). Soal selidik yang dibentuk mengandungi item yang mengukur tahap pencapaian akademik berdasarkan keputusan PMR 2010 dan tahap kecerdasan emosi (soal selidik yang telah diubahsuai daripada Inventori Kepintaran Emosi atau Malaysian Emotional Quoetient Inventory oleh Noriah et al. pada tahun 2000. Teknik statistik pemeratusan, kekerapan, min skor, sisihan piawai digunakan bagi mengukur tahap pencapaian akademik dan tahap kecerdasan emosi. Manakala korelasi Pearson dan ujian-t digunakan bagi menjawab hipotesis-hipotesis kajian. Dapatan analisis deskriptif menunjukkan bahawa tahap pencapaian akademik responden adalah di tahap cemerlang dan tahap kecerdasan emosi juga pada tahap yang tinggi. Dapatan analisis inferensi pula mendapati terdapat hubungan yang signifikan di antara kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik. Selain itu, kecerdasan emosi didapati berbeza mengikut jantina. Implikasi dan cadangan hasil daripada dapatan kajian dibincangkan pada akhir bahagian penulisan. Kata kunci: kecerdasan emosi, pencapaian akademik

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:14427
Deposited By: Dr. Nooraini Bt Othman
Deposited On:24 Aug 2011 07:02
Last Modified:24 Aug 2011 07:02

Repository Staff Only: item control page