Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesan aktiviti kelab dan persatuan pelajar UTM ke atas pencapaian akademik

Ngajikin, N. H. and Esa, M. R. M. and Ahmad, A. and Idrus, S. M. and Malik, N. N. N. A. (2006) Kesan aktiviti kelab dan persatuan pelajar UTM ke atas pencapaian akademik. In: National Student Development Conference (NASDEC) 2006, 8-9 August 2006, Kuala Lumpur, Malaysia. (Submitted)

[img]
Preview
PDF (Fulltext)
166kB

Abstract

Kelab dan persatuan merupakan satu landasan yang diharap dapat menyeimbangkan di antara pencapaian akademik dan pembangunan kemahiran generik dalam diri pelajar di sekolah mahupun institusi pengajian tinggi (IPT). Justeru, penglibatan dalam aktiviti kelab dan persatuan dijadikan merit bagi kemasukan ke IPT. Sebilangan majikan juga meletakkannya sebagai salah satu garispanduan untuk mengambil pekerja. Namun demikian, terdapat sebilangan pelajar yang dilihat terlalu obses terhadap kegiatan berpersatuan sehingga memberi kesan negatif kepada pencapaian akademik. Kertas kerja ini melihat perkaitan di antara pencapaian akademik pelajar dan aktiviti kelab dan persatuan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Analisis kesan penglibatan pelajar dalam kelab dan persatuan terhadap kecemerlangan akademik dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu kelab dan persatuan akademik, bukan akademik, agama dan kolej kediaman. Kajian dilakukan dengan melihat perbandingan keahlian kelab dan persatuan dengan pencapaian akademik pelajar. Min statistik penglibatan menunjukkan dalam aktiviti berbentuk akademik mahupun bukan akademik di peringkat universiti dan fakulti adalah hanya sekitar 2.0. Penglibatan pelajar di peringkat kolej kediaman pula lebih rendah pada min 1.67. Penglibatan pelajar mengikut bangsa memperlihatkan jurang perbezaan yang besar bagi pelajar melayu (pm) dan pelajar bukan melayu (pbm) dalam kegiatan akademik dan bukan akademik serta peringkat penglibatan.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Pencapaian akademik; kelab dan persatuan
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Education
ID Code:144
Deposited By: Haliza Zainal
Deposited On:16 Feb 2007 06:59
Last Modified:23 Aug 2017 06:31

Repository Staff Only: item control page