Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap Penggunaan dan Halangan Perbankan Internet (Maybank2u) Di kalangan Pelanggan

Mohd. Jamal, Noriza and Kono Jamil, Haslinda (2006) Tahap Penggunaan dan Halangan Perbankan Internet (Maybank2u) Di kalangan Pelanggan. Jurnal Kemanusiaan (8). pp. 25-33. ISSN 1675-1930

[img]
Preview
PDF - Published Version
57kB

Official URL: http://www.fppsm.utm.my/download/cat_view/13-jurna...

Abstract

Kewujudan perbankan internet telah memberikan pendekatan baru kepada firma perbankan untuk bersaing dengan bank-bank milik asing. Walau bagaimanapun, kejayaan saluran terbaru bagi produk dan perkhidmatan bank ini bergantung kepada tahap penggunaan pelanggannya. Kajian ini bertujuan mengukur tahap dan mengenal pasti faktor yang menghalang penggunaan perbankan internet khususnya penggunaan Maybank2u di kalangan pelanggan Maybank Berhad. Berdasarkan soal selidik yang dijalankan, didapati tahap penggunaan ke atas semua jenis transaksi yang disediakan oleh Maybank2u berada di tahap yang agak rendah. Analisis menunjukkan bahawa isu kepercayaan, kepentingan keselamatan, kemudahan mengakses, kepentingan hubungan interpersonal, kewujudan saluran alternatif dan kurangnya kesedaran memberikan kesan ke atas tahap penggunaan perbankan internet khususnya Maybank2u

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:internet banking, Maybank2u
Subjects:Q Science > Q Science (General)
Divisions:Management and Human Resource Development
ID Code:1439
Deposited By: Zalinda Shuratman
Deposited On:06 Mar 2007 04:40
Last Modified:25 Aug 2010 05:58

Repository Staff Only: item control page