Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Faktor-faktor yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran di dalam bengkel kemahiran hidup di dua buah sekolah menengah, Muar, Johor

Othman, Nooraini and Mispan, Siti Hadijah (2009) Faktor-faktor yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran di dalam bengkel kemahiran hidup di dua buah sekolah menengah, Muar, Johor. Other thesis, Faculty of Education, UTM.

[img] Microsoft Word
80kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pengajaran dan Pembelajaran di dalam Bengkel Kemahiran Hidup di Dua Buah Sekolah Menengah, Muar, Johor. Faktor tersebut ialah faktor dalaman (minat, gaya pembelajaran dan keyakinan diri) dan faktor luaran (keadaan bengkel, keluarga dan kaedah pengajaran). Seramai 200 orang pelajar Tingkatan Dua dari Sekolah Menengah di Muar, Johor dikaji dalam kajian kes ini. Segala maklumat dikumpulkan melalui instrumen soal selidik. Kebolehpercayaan soal selidik ini telah diuji dengan Alpha Cronbach dan memperolehi nilai 0.922. Data-data yang dikumpulkan seterusnya dianalisis dengan menggunakan perisian “Statistical Package for the Social Science” (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan faktor yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran dalam bengkel ialah faktor luaran. Melalui kajian ini juga didapati bahawa tidak terdapat perbezaan antara responden lelaki dan perempuan berdasarkan pengaruh faktor minat dan kaedah pengajaran dalam bengkel. Selain itu dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara bengkel kayu dan bengkel elektronik berdasarkan faktor keadaan bengkel dan kaedah pengajaran yang digunakan dalam bengkel. Beberapa cadangan dikemukakan sebagai garis panduan kepada pihak yang berkenaan untuk mempertingkatkan lagi kemudahan bengkel supaya dapat meningkatkan pencapaian pelajar.

Item Type:Thesis (Other)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:14372
Deposited By: Dr. Nooraini Bt Othman
Deposited On:23 Aug 2011 04:20
Last Modified:23 Aug 2011 04:20

Repository Staff Only: item control page