Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kepimpinan Transaksi/Transformasi Dan Ciri Kerja Profesional Teknologi Maklumat Sektor Awam Malaysia

Wan Ismail, Wan Faridah Akmal and Mohamad, Noor Azmi and Mad Shah, Ishak (2002) Kepimpinan Transaksi/Transformasi Dan Ciri Kerja Profesional Teknologi Maklumat Sektor Awam Malaysia. Jurnal Teknologi E (37E). pp. 57-70. ISSN 0127-9696

[img]
Preview
PDF
488kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/onlinejournal/37/E/JT37...

Abstract

Kajian ini mengkaji hubungan gaya kepimpinan dan ciri kerja di Unit/Bahagian Perkhidmatan Maklumat sektor awam Malaysia. Seramai 31 orang pengurus Teknologi Maklumat sektor awam telah bekerjasama memberikan maklumat untuk kajian ini. Kepimpinan transaksi menunjukkan lebih banyak memberi pengiktirafan dan pujian kepada kakitangan profesional tetapi rendah dalam pemberian ganjaran. Kepimpinan transformasi menunjukkan gaya karismatik tinggi berbanding komponen lain dalam gaya kepimpinan transformasi. Ciri kerja menunjukkan tahap tinggi dalam kepentingan tugas dan keperluan bekerjasama dalam menjalankan tugas tetapi dengan tahap rendah dalam autonomi tugas. Kajian ini mendapati tiada hubungan bererti antara gaya kepimpinan dengan ciri kerja, tetapi wujud hubungan bererti antara kepimpinan transaksi dengan ciri kerja identiti tugas, maklum balas dari kerja, dan ciri kerja keseluruhan manakala kepimpinan transformasi pula hanya menunjukkan hubungan bererti dengan ciri kerja kepelbagaian kemahiran, dan tidak bererti kepada ciri kerja keseluruhan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:gaya kepimpinan, ciri kerja, teknologi maklumat, sektor awam
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Management and Human Resource Development
ID Code:1436
Deposited By: Norhayati Abu Ruddin
Deposited On:06 Mar 2007 04:23
Last Modified:01 Nov 2017 04:17

Repository Staff Only: item control page