Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Sains Dan Teknologi Asia : Hadiah Asia Kepada Dunia

Mohd. Balwi, Mohd. Koharuddin (2002) Sains Dan Teknologi Asia : Hadiah Asia Kepada Dunia. Jurnal Teknologi E (37E). pp. 29-46. ISSN 0127-9696

[img]
Preview
PDF
497Kb

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/onlinejournal/37/E/JT37...

Abstract

Kecemerlangan tamadun Asia seringkali ditenggelami oleh kejayaan tamadun barat. Tamadun dunia hari ini sebenarnya terhutang budi kepada kecemerlangan pencapaian tamadun Asia. Malahan tamadun Asialah yang menyediakan asas kepada pencapaian sains dan teknologi dalam pelbagai bidang hingga memungkinkan manusia hari ini mendapat manfaat yang besar. Tamadun Asia ini meliputi tamadun Arab-Islam, Mesir, India, China dan Melayu. Pencapaian tamadun Asia ini meliputi bidang sains dan matematik seperti astronomi, perubatan, kimia dan fizik. Manakala dalam bidang teknologi pula pencapaian tamadun ini telah diakui sangat tinggi dalam bidang pembinaan atau architecture. Selain itu sejarah telah mencatatkan pencapaian tamadun Asia dalam bidang penciptaan seperti penciptaan kertas, kompas, alat-alat pembedahan, sutera dan teknologi seni bina. Pada masa kini Asia juga telah membuktikan keupayaan mereka dalam bidang kejuruteraan elektrik dan mekanikal. Lantaran itu dapatlah dikatakan bahawa sarjana-sarjana hari ini sebenarnya menyambung kecemerlangan sarjana-sarjana Asia dalam melakukan penerokaan, pengubahsuaian dan penciptaan, (Research and Development). Bukanlah sesuatu yang mustahil pada masa akan datang dengan semangat dan kesungguhan yang pernah dimiliki oleh leluhur nenek moyang mereka dahulu, Asia akan bangkit sebagai pusat ketamadunan sains dan teknologi dunia.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:tamadun, asia, pengubahsuaian, penyesuaian, penciptaan dan Research and Development (R & D)
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Management and Human Resource Development (Formerly known)
ID Code:1435
Deposited By: Pn Norhayati Abu Ruddin
Deposited On:06 Mar 2007 04:08
Last Modified:09 Nov 2010 02:36

Repository Staff Only: item control page