Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap kefahaman dan amalan konsep pendidikan sepanjang hayat dalam kalangan pelajar tahun empat sph di UTM

Othman, Nooraini and Yek, Leh Chiong (2009) Tahap kefahaman dan amalan konsep pendidikan sepanjang hayat dalam kalangan pelajar tahun empat sph di UTM. Other thesis, Faculty of Education, UTM.

[img] Microsoft Word
64Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti Tahap Kefahaman Dan Amalan Konsep Pendidikan Sepanjang Hayat (PSH) Dalam Kalangan Pelajar Tahun Empat SPH Di UTM. Seramai 89 orang pelajar tahun empat SPH dikaji dalam kajian kes ini. Segala maklumat dikumpulkan melalui instrumen soal selidik. Kebolehpercayaan soal selidik ini telah diuji dengan Alpha Cronbach dan memperolehi nilai 0.92. Data- data yang dikumpulkan seterusnya dianalisis dengan menggunakan perisian Pakej Statistik bagi Sains Sosial (SPSS) versi 15. Hasil kajian ini menunjukkan tahap kefahaman dan pengamalan pelajar terhadap pendidikan sepanjang hayat adalah tinggi. Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat banyak faktor yang boleh mendorong pelajar dalam mengamalkan pendidikan sepanjang hayat. Walaupun tahap kefahaman dan pengamalan adalah tinggi, pengkaji akan mengemukakan beberapa cadangan bagi membolehkan pendidikan sepanjang hayat difahami dan diamalkan pada tahap yang maksimum.

Item Type:Thesis (Other)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:14348
Deposited By: Dr. Nooraini Bt Othman
Deposited On:23 Aug 2011 04:23
Last Modified:23 Aug 2011 04:23

Repository Staff Only: item control page