Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Profil ciri-ciri pekerja cemerlang mengikut persepsi majikan dan berasaskan analisis perspektif islam

Othman, Nooraini and Mohd Noor, Noor Idahwati (2011) Profil ciri-ciri pekerja cemerlang mengikut persepsi majikan dan berasaskan analisis perspektif islam. International Conference on Human Resource Development ICHRD2011 .

[img] Microsoft Word
124kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menghasilkan satu profil ciri-ciri pekerja yang cemerlang mengikut persepsi majikan dan berasaskan analisis dari perspektif Islam. Profil ini berupaya untuk digunakan sebagai penanda aras kepada majikan dalam mendapatkan pekerja cemerlang yang diperlukan oleh sesebuah organisasi. Kandungan analisis akan digunakan untuk mengenal pasti ciri-ciri pekerja cemerlang dari perspektif Islam. ciri-ciri tersebut akan dianalisis, disahkan dan dibentuk untuk dijadikan item dalam borang soal selidik responden. Sampel kajian pula terdiri daripada pekerja Islam dalam negeri Johor. Data yang telah dikumpulkan akan dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik lanjutan seperti PCA (Principle Component Analysis) dan SEM (Structural Equation Modeling). Kaedah tersebut bertujuan untuk melakukan pembersihan terhadap data yang dikumpulkan, mengecilkan data melalui pembentukan kluster dan mengesahkan konstruk profil. Kajian ini cuba menjawab persoalan kajian berikut: 1) Apakah ciri-ciri pekerja cemerlang berasaskan perspektif Islam? 2) Apakah konstruk/ dimensi bagi profil tersebut? 3) Apakah nilai kesahan dan kebolehpercayaan profil yang dihasilkan?

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:profil, pekerja cemerlang dari perspektif Islam, majikan
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:14343
Deposited By: Dr. Nooraini Bt Othman
Deposited On:23 Aug 2011 04:26
Last Modified:23 Aug 2011 04:26

Repository Staff Only: item control page