Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengukuran Profil Halaju Masa Nyata Bagi Tomografi Optik

Abdul Rahim, Ruzairi and Khalid, Mohamed Aznanshah and Chan, Kok San (2002) Pengukuran Profil Halaju Masa Nyata Bagi Tomografi Optik. Jurnal Teknologi D (37D). pp. 127-142. ISSN 0127-9696

[img]
Preview
PDF
660kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/onlinejournal/37/D/JT37...

Abstract

Objektif artikel ini adalah untuk membangunkan sebuah perisian menggunakan Visual Basic bagi tomografi optik, dimana perisian ini berupaya untuk mengesan dan mengukur pepejal kering yang melalui paip. Diameter luaran dan dalaman paip masing-masing adalah 60 mm dan 58 mm. Terdapat dua aras pengesan digunakan untuk mengukur halaju (pengesan aras atas dan pengesan aras bawah). Sistem pengukuran mempunyai sebanyak 32 pemancar (Tx1 hingga Tx32) dan 32 penerima (R1 hingga R32),yang dilekatkan pada ukurlilit paip tegak. Bagi pengesan aras bawah yang dilekatkan secara kekal mengandungi 16 pemancar (Tx17 hingga Tx32) dan 16 penerima (R17 hingga R32) dan pengesan aras atas yang boleh dilaraskan mengandungi 16 pemancar (Tx1 hingga Tx16) dan 16 penerima (R1 hingga R16). Halaju boleh dikira dengan mengambil jarak diantara pengesan aras atas dengan pengesan aras bawah dan dibahagi dengan masa lengah yang diperolehi daripada kedudukan puncak sekaitan silang yang dilakukan antara dua isyarat). Keputusan yang diperolehi dibandingkan dengan teori dan ia menunjukkan perisian dan perkakasan yang dibina berupaya membuat pengukuran halaju dengan tepat.

Item Type:Article
Subjects:T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Divisions:Electrical Engineering
ID Code:1434
Deposited By: Norhayati Abu Ruddin
Deposited On:06 Mar 2007 04:00
Last Modified:01 Nov 2017 04:17

Repository Staff Only: item control page