Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembinaan perisian multimedia pendidikan berasaskan model konstruktivisme kitaran pembelajaran sains lima fasa

Sihes, Ahmad Johari and Ibrahim, Mohd. Ali and A. Wahab, Zulkiflie (2007) Pembinaan perisian multimedia pendidikan berasaskan model konstruktivisme kitaran pembelajaran sains lima fasa. In: Seminar Kebangsaan Teknologi dalam Pendidikan, 2007, Hotel Royal Adelphi, Seremban.

[img] PDF
191kB

Official URL: http://eprints.utm.my/14272/1/AhmadJohariSihes2007...

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan pembinaan sebu ah perisian multimedia pendidikan bagi tajuk Tekanan Udara dalam mata pelajaran Sa ins khusus untuk pelajar tingkatan dua. Isi kandungan perisian ini selaras dengan huraian sukatan pelajaran Sains KBSM (KPM, 2002). Perisian ini sesuai digunakan untuk pe mbelajaran kendiri mahupun sebagai alat bantu dalam aktiviti pengajaran-pembelajaran di dalam kelas. Aktiviti pembelajaran adalah berasaskan kepada Model Kitaran Pembelajaran Sains yang disepadukan dalam antara muka seperti berikut; Kinetic Theory Of The Gases, Exploring Air Pressure, Principle Of Air Pressure, Application Of Ai r Pressure dan Quiz. Manakala rekabentuk perisian pula, adalah berasaskan kepada m odel ADDIE. Perisian Macromedia Autoware, Adobe Photoshop, Ulead Cool, Sound Forge dan Swish Max pula digunakan untuk menggabungkan pelbagai kriteria seperti teks, grafik, animasi, video dan audio supaya menghasilkan sebuah perisian yang bersifat in teraktif dan menarik. Perisian ini telah dinilai oleh 8 orang yang berpengalaman dalam bidang isi kandungan mata pelajaran Sains dan reka bentuk perisian. Hasil pen ilaian menunjukkan perisian prototaip ini adalah memuaskan daripada aspek isi kandungan, reka bentuk dan kepenggunaannya.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information:Seminar Kebangsaan Teknologi dalam Pendidikan, 2007, Johor Bahru
Uncontrolled Keywords:learning science orbit five phases, multimedia
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:14272
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:23 Aug 2011 05:44
Last Modified:20 Sep 2017 04:36

Repository Staff Only: item control page