Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Modeling and characterization of majority (MAJ) type single-elaectron full adder using SIMON

Hashim, Abdul Manaf and Murugiah, Gugeneshwaran (2007) Modeling and characterization of majority (MAJ) type single-elaectron full adder using SIMON. In: ISSESCO International Workshop and Conference on Nanotechnology (IWCN2007), 2007, Hotel Equatorial, Bangi.

Full text not available from this repository.

Official URL: http://dx.doi.org/10.11113/jt.v49.200

Abstract

Transistor elektron tunggal (SET) adalah salah satu peranti nano–elektronik bagi menggantikan CMOS yang mana dibezakan dengan saiz perantinya yang sangat kecil dan pelesapan kuasa yang rendah. Ia adalah berdasarkan kepada pengawalan pengangkutan satu elektron. Artikel ini menumpukan kepada pemodelan dan mendapatkan ciri–ciri litar penambah penuh SET jenis majority (MAJ) yang berdasarkan get logik ambang (TLGs). Litar penambah penuh adalah sangat penting kerana berfungsi sebagai unit yang boleh beroperasi dengan sendiri atau sebagai unit asas kepada reka bentuk yang lain seperti unit pembilang program, unit pendarab dan unit pengalamatan ingatan. Untuk memodel dan mendapatkan ciri–ciri litar penambah penuh SET jenis MAJ, beberapa litar lain perlu dimodel dan dianalisis yang terdiri daripada litar peranti SET, litar get TAK SET dan litar get MAJ SET. Semua litar dipercirikan menggunakan pensimulasi SIMON 2.0. Bilangan komponen bagi litar penambah penuh SET jenis MAJ ialah 57, yang terdiri daripada 37 pemuat dan 20 simpang terowong. Litar ini berfungsi seperti yang dikehendaki bagi semua kombinasi voltan masukan. Oleh kerana litar penambah penuh berdasarkan fungsi MAJ, kestabilan litar get TAK SET merupakan aspek penting dalam mereka bentuk MAJ kerana tahap kepekaan litar cenderung kepada nilai penukaran ambang. Untuk mencapai kestabilan, voltan masukan perlu diberi dalam bentuk langkah. Gelombang keluaran litar penambah penuh jenis MAJ ini adalah tetap bagi semua kombinasi masukan kerana nisbah keluaran–masukan (Vo/Vi) adalah lebih tinggi daripada 80% bagi kedua–dua keluaran jumlah (sum) dan pembawa (carry–out).

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Modeling and characterization of majority (MAJ), single-elaectron
Subjects:T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Divisions:Electrical Engineering
ID Code:14213
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:22 Aug 2011 01:29
Last Modified:01 Aug 2017 06:57

Repository Staff Only: item control page