Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesan penggunaan perisian fizik pemahaman konsep daya dan gerakan di peringkat sekolah menengah

Mohd. Zaid, Norasykin and Ahmad, Normashita (2007) Kesan penggunaan perisian fizik pemahaman konsep daya dan gerakan di peringkat sekolah menengah. In: Seminar Penyelidikan Pendidikan, 2007, Institut Perguruan Batu Lintang,Kuching.

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji kesan penggunaan perisian fizik terhadap pemahaman konsep daya dan gerakan. Pemahaman konsep diukur dengan melihat perbezaan skor pencapaian ujian berdasarkan kategori kumpulan pelajar berpencapaian lemah dan pelajar berpencapaian baik setelah menggunakan perisian fizik terbitan SNP Panpac (M) Sdn. Bhd. Kajian ini melibatkan 50 orang pelajar tingkatan empat di salah sebuah sekolah di Johor Bahru yang mengambil mata pelajaran fizik. Instrumen kajian yang digunakan ialah 20 item soal selidik yang dibina berasaskan skala likert 5 mata. Manakala soalan ujian yang mengandungi 8 soalan objektif termasuk 6 soalan struktur dibina bagi melihat perbezaan skor pencapaian ujian sebelum dan selepas menggunakan perisian Fizik.yang dijalankan secara pra ujian dan pasca ujian. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi skor pra ujian dan pasca ujian secara keseluruhannya dan terdapat perbezaan yang signifikan bagi skor pra ujian dan pasca ujian mengikut kategori kumpulan pelajar berpencapaian baik dan berpencapaian lemah.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Effects physics software, high school
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:14185
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:22 Aug 2011 01:48
Last Modified:08 Aug 2017 07:50

Repository Staff Only: item control page