Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kekongrunenan personaliti-persekitaran kursus dan hubungannya dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar UTM

Mahfar, Mastura and Mad Shah, Ishak and Abdul Kadir, Hamdan (2007) Kekongrunenan personaliti-persekitaran kursus dan hubungannya dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar UTM. In: Simposium Pengajaran & Pembelajaran UTM 2007 (SPPUTM 07), 2007, Johor Bahru.

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini telah dilaksanakan ke atas pelajar tahun satu kursus Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia), Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, semester dua, sesi 2006/2007, UTM Skudai. Seramai 90 orang pelajar telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Antara objektif kajian ini termasuk mengenalpasti pola personaliti-persekitaran kursus dan tahap darjah kongruen di kalangan pelajar dan mengenalpasti hubungan antara pencapaian akademik dengan darjah kongruen personaliti- persekitaran kursus. Alat kajian Self-Directed Search (SDS)-Form Easy (Versi terjemahan Amla, 1984) telah digunakan bagi mengenalpasti pola personaliti-persekitaran pelajar. Tahap darjah kongruen personaliti-persekitaran kursus pula telah ditentukan dengan menggunakan Indeks Kongruen Iachan. Kaedah analisis deskriptif yang digunakan ialah kekerapan, peratusan dan min skor. Korelasi Pearson ‘r’ digunakan dalam analisis inferensi bagi menjawab hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kod tiga huruf pelajar ialah SEA dan mempunyai tahap darjah kongruen iaitu padanan yang baik dengan kod tiga huruf Holland. Selain itu, tidak terdapat hubungan signifikan antara pencapaian akademik dengan darjah kongruen personaliti-persekitaran kursus di kalangan pelajar kajian. Secara keseluruhannya, walaupun tidak terdapat hubungan antara pencapaian akademik dengan darjah kongruen personaliti-persekitaran kursus pelajar, namun dapatan kajian ini telah membantu dalam mengenalpasti pola personaliti-persekitaran kursus dan tahap darjah kongruen di kalangan pelajar kajian.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Personality-environment congruence courses, academic achievement
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions:Management and Human Resource Development
ID Code:14155
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:18 Aug 2011 09:35
Last Modified:06 Aug 2017 07:47

Repository Staff Only: item control page