Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kajian terhadap penggunaan sistem e-pembelajaran sebagai media perbincangan projek berkumpulan pelajar

Tasir, Zaidatun and Harun, Jamalludin and Mohd. Zaid, Norasykin (2007) Kajian terhadap penggunaan sistem e-pembelajaran sebagai media perbincangan projek berkumpulan pelajar. In: Simposium Pengajaran dan Pembelajaran UTM, 2007, Johor Bahru.

Full text not available from this repository.

Official URL: http://educ.utm.my/norasykin/files/2012/10/Kajian-...

Abstract

Pembelajaran elektronik merupakan media pembelajaran yang seharusnya diadakan di institusi pengajian tinggi. Ianya bukan hanya diperlukan di kalangan pelajar yang mengikuti pengajian secara jarak jauh malah ianya juga penting di kalangan pelajar universiti yang mengikuti pengajian di aliran perdana. Salah sa tu kelebihan yang terdapat dalam sistem e- pembelajaran ialah kemudahan komunikasi elektr oniknya seperti forum, ruangan chat atau sembang dan penghantaran mesej elektronik. Kemudahan komunikasi yang disediakan oleh kebanyakan sistem e-pembelajaran adalah sama dan perbezaannya adalah pada cara ianya digunakan. Kertas kerja ini akan membincangkan mengenai penggunaan sistem e- pembelajaran sebagai me dia perbincangan projek berkumpulan di ka langan pelajar tahun akhir di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 150 orang pelajar tahun akhir yang mengambil kursus Pembangunan Mult imedia Berasaskan CD-ROM terlibat dalam kajian ini. Kajian ini telah dilaksanakan selama 2 semester di kalangan dua kumpulan pelajar tahun akhir yang berbeza. Data kajian adal ah berbentuk kualitatif dan ianya telah dikumpulkan menerusi forum yang disediakan di dalam sistem e-pembelajaran. Beberapa pendekatan pembelajaran menerusi sistem e-pembelajaran yang menyokong kepada pembelajaran berasaskan kumpulan di kalangan pelajar dalam menghasilkan sebuah aplikasi multimedia akan dibincangkan di dalam kertas kerj a ini. Di antara pendekatan tersebut ialah perbincangan tentang teori dan teknologi, kr itikan antara muka projek dan pembentukan forum berasaskan kumpulan pelajar. Secara keseluruhan pelajar mempunyai persepsi yang positif terhadap pendekatan pembelajaran yang dilaksanakan.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:e-learning system, media discussion
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:14151
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:18 Aug 2011 09:30
Last Modified:19 Sep 2017 07:44

Repository Staff Only: item control page