Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap penguasaan kemahiran manipulatif di kalangan guru pelatih kimia Universiti Teknologi Malaysia

Yahaya, Azizi and Hashim, Shahrin and Mohammed, Fathiah (2008) Tahap penguasaan kemahiran manipulatif di kalangan guru pelatih kimia Universiti Teknologi Malaysia. In: Permasalahan Dalam Pendidikan Sains dan Matematik. . penerbit UTM, UTM. ISBN 978-983-52-0532-3

[img]
Preview
PDF
49kB

Abstract

Sistem pendidikan di negara k ita kini menampakkan gelombang yang menarik selaras dengan hasrat negara untuk mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020 seperti ‘Wawasan 2020’ yang diaspirasikan oleh bekas Perd ana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad pada tanggal 28 Februari 1991. Justeru, ianya memerlukan negara kita untuk maju dalam semua aspek ekonomi, sosial, rohani, psikologi dan budaya tetapi mengikut acuan Malaysia. Salah satu cabaran yang perlu ditangani bagi merealisasikan ‘Wawasan 2020’ menyentuh secara khusus kepentingan sains dan teknologi iaitu mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif yang inovatif dan berpandangan jauh serta menjadi penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi di masa hadapan. Bagi mencapai cabaran ini, negara perlu menyediakan rakyatnya yang kreatif dan berketrampilan dalam sains dan teknologi.

Item Type:Book Section
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:14092
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:17 Aug 2011 03:25
Last Modified:09 Aug 2017 04:30

Repository Staff Only: item control page