Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap penyelesaian masalah dalam pembangunan aturcara komputer

Zaid, Norasyikin and Tasir, Zaidatun (2007) Tahap penyelesaian masalah dalam pembangunan aturcara komputer. In: Isu Kemahiran ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Penerbit UTM , Johor, pp. 61-74. ISBN 978-983-52-0520-0

Full text not available from this repository.

Abstract

Teknik penyelesaian masalah merupakan antara teknik yang perlu dikuasai pelajar bagi memudahkan mereka untuk belajar dan seterusnya memahami sesuatu masalah yang diberi bagi mendapatkan penyelesaian yang terbaik. Terdapat banyak strategi atau teknik yang boleh digunakan bagi tujuan ini. Satu daripadanya adalah konstruk pengetahuan melalui self-explanation (Bielaczyc, Pirolli dan Brown, 1995; Neuman dan Schwarz, 1998). Selfexplanation merupakan pernyataan yang dibuat oleh pelajar sendiri untuk kegunaan dirinya supaya lebih memahami sesuatu perkara semasa proses pembelajaran ataupun ketika menyelesaikan sesuatu masalah (Rezel, 2003). Pernyataan tersebut boleh dinyatakan secara lisan, menulis, graf atau jadual atau secara diam-diam. Berdasarkan kajian-kajian yang telah dilakukan oleh Bielaczyc (1994) dan Neuman dan Schwarz (1998), mendapati bahawa dengan memberikan latihan yang jelas kepada pelajar dengan menggunakan strategi self-explanation akan dapat meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah secara efektif dan berlaku proses pembelajaran yang lengkap.

Item Type:Book Section
Subjects:L Education > L Education (General)
Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
Divisions:Education
ID Code:14082
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:16 Aug 2011 09:54
Last Modified:16 Aug 2011 09:54

Repository Staff Only: item control page