Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penyediaan dan pencirian membran pertukaran anion bagi proses elektrodialisis

M., Mahadevan and Sim, W. K. and Ling, L. P. and M. Y., Zainal Abidin and S., Mohamad Roji (2002) Penyediaan dan pencirian membran pertukaran anion bagi proses elektrodialisis. Jurnal Teknologi F (36F). pp. 43-54. ISSN 0127-9696

[img]
Preview
PDF
481kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/onlinejournal/36/F/JT36...

Abstract

Elektrodialisis merupakan suatu proses yang menggunakan perbezaan keupayaan elektrik sebagai daya penggerak (driving force) yang menyebabkan pergerakan ion-ion dalam sesuatu elektrolit. Membran yang digunakan dalam proses ini akan membenarkan sama ada cas-cas positif atau negatif sahaja melaluinya bergantung kepada kumpulan berfungsi yang terikat pada membran. Objektif utama projek penyelidikan ini adalah untuk menghasilkan membran pertukaran anion yang digunakan dalam proses elektrodialisis. Membran-membran pertukaran anion yang dihasilkan terbahagi kepada enam jenis, dan diberi nama sebagai BERL-A30, A40, A50, A60, A70, dan A80. Keenam-enam jenis membran ini berbeza dari segi kandungan resin yang berfungsi sebagai vektor pertukaran cas anion. Di samping penyediaan membran, penyelidikan ini juga meli puti aspek pencirian membran tersebut serta perbandingannya dengan membran komersial. Kriteria yang dikaji adalah ketebalan membran, sifat kebolehtelapan, sifat pembengkakan membran dalam air, kapasiti pertukaran ion, kapasiti kepekatan ion kumpulan berfungsi dan morfologi membran. Secara keseluruhannya didapati peratus kandungan resin yang tinggi boleh meningkatkan kapasiti pertukaran ion, peratus kebolehtelapan membran serta kapasiti kepekatan ion kumpulan berfungsi. Di antara membran yang dihasil, membran pertukaran anion jenis BERL-A70 merupakan membran yang berpotensi dalam penggunaan proses elektrodialisis.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:membran pertukaran anion, polisulfon, resin pertukaran ion, ciri-ciri membran, elektrodialisis
Subjects:T Technology > TP Chemical technology
Divisions:Chemical and Natural Resources Engineering
ID Code:1405
Deposited By: Mohd. Nazir Md. Basri
Deposited On:05 Mar 2007 04:37
Last Modified:01 Nov 2017 04:17

Repository Staff Only: item control page