Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kompetensi pegawai rundingcara dalam mengendalikan kaunseling perkahwinan di negeri Johor

Md. Salleh, Norhayati (2013) Kompetensi pegawai rundingcara dalam mengendalikan kaunseling perkahwinan di negeri Johor. PhD thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

[img]
Preview
PDF
1MB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kompetensi Pegawai Rundingcara dalam Kaunseling Perkahwinan bagi menangani isu-isu perkahwinan pasangan Islam di negeri Johor. Kajian telah menggunakan rekabentuk kajian kualitatif dengan melibatkan kajian kes pelbagai. Kajian kes telah melibatkan enam orang Pegawai Rundingcara melalui sampel bertujuan daripada lima daerah di negeri Johor. Data kajian kes telah dikumpul melalui kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Kesemua data kajian telah dianalisis menggunakan perisian N’Vivo 7.0. Data kualitatif yang diperolehi melalui kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen telah ditriangulasi dan digunakan untuk memperoleh pola ketepuan data bagi menjawab semua empat persoalan utama yang dikaji. Hasil kajian menunjukkan Pegawai Rundingcara berada di tahap sederhana mengenai pengetahuan Kaunseling Perkahwinan serta memiliki tahap yang sederhana dalam kemahiran Kaunseling Perkahwinan. Pendekatan Agama pula merupakan pendekatan kaunseling yang menjadi amalan Pegawai Rundingcara ketika mengendalikan sesi Kaunseling Perkahwinan. Hasil kajian juga mendapati Pegawai Rundingcara lebih selesa memilih cara gaya personaliti sebagai Pegawai Agama bersesuaian dengan setting mereka bertugas. Dapatan kajian turut menunjukkan kelayakan ikhtisas Sarjana Bimbingan dan Kaunseling dapat membantu meningkatkan kompetensi Pegawai Rundingcara berhubung pengetahuan Kaunseling Perkahwinan, kemahiran Kaunseling Perkahwinan serta pendekatan kaunseling dalam peranan mereka untuk membantu pasangan yang mengalami konflik rumah tangga. Selanjutnya, hasil kajian juga mendapati status berkahwin Pegawai Rundingcara dapat meningkatkan kepercayaan klien terhadap perkhidmatan mereka. Satu modul khas mengenai panduan Kaunseling Perkahwinan yang bersesuaian dengan latar belakang masyarakat Islam di Malaysia dirasakan perlu bagi membantu meningkatkan kompetensi Pegawai Rundingcara dalam mengendalikan Kaunseling Perkahwinan.

Item Type:Thesis (PhD)
Additional Information:Thesis (Ph.D (Bimbingan dan Kaunseling)) - Universiti Teknologi Malaysia, 2013; Supervisor : Assoc. Prof. Dr. Mohamed Sharif Mustaffa
Uncontrolled Keywords:marriage counseling, couple counseling
Subjects:H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Divisions:Education
ID Code:13913
Deposited By: Kamariah Mohamed Jong
Deposited On:27 Feb 2014 05:15
Last Modified:19 Jul 2017 06:54

Repository Staff Only: item control page