Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pendedahan maklumat kewangan menerusi Internet : praktis dan hubungan dengan penentu syarikat

Ali Khan, Mohd. Noor Azli and Chio, Li Fen and Tan, Wan Teng (2006) Pendedahan maklumat kewangan menerusi Internet : praktis dan hubungan dengan penentu syarikat. Jurnal Kemanusiaan (7). pp. 39-54. ISSN 1675-1930

[img]
Preview
PDF - Published Version
65kB

Official URL: http://www.fppsm.utm.my/download/cat_view/13-jurna...

Abstract

Kajian ini membincangkan amalan pelaporan penyata kewangan menerusi internet dalam laporan tahunan syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Objektif utama kajian untuk melihat sama ada wujud hubungan di antara pendedahan maklumat kewangan menerusi internet dengan penentu syarikat. Sampel kajian ini terdiri daripada keseluruhan 598 buah syarikat yang tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia sehingga berakhir pada 31 Disember 2003. Hasil kajian mendapati sebanyak 357 buah (65.9%) syarikat mempunyai laman Web dengan 259 buah (72.5%) syarikat mendedahkan maklumat kewangan sekaligus menunjukkan bahawa terdapat peningkatan bilangan syarikat yang mendedahkan maklumat kewangan menerusi Internet di Malaysia. Seterusnya, melalui ujian statistik yang dilakukan menunjukkan bahawa saiz syarikat, keuntungan syarikat dan jenis industri adalah antara penentu yang mempunyai hubungan yang positif dengan amalan pendedahan maklumat kewangan menerusi internet bagi syarikat yang tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:financial information, Internet
Subjects:H Social Sciences > HG Finance
Divisions:Management and Human Resource Development
ID Code:1390
Deposited By: Zaidah Ramli
Deposited On:05 Mar 2007 02:29
Last Modified:07 Dec 2012 08:10

Repository Staff Only: item control page