Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Peningkatan kesediaan membaca

Yeo, Kee Jiar and Mohd. Kosnin, Azlina (2007) Peningkatan kesediaan membaca. In: Perbezaan Individu Menurut Teori dan Amali. Penerbit UTM , Johor, pp. 18-43. ISBN 978-983-52-0531-6

Full text not available from this repository.

Abstract

Frasa “belajar membaca” bermula pada peringkat awal kanakkanak. Selepas tamat persekolahan di tadika, murid-murid sepatutnya telah menguasai kemahiran asas membaca (kesediaan membaca). Membaca pada peringkat kanak-kanak dianggap sebagai peringkat awal bacaan atau peringkat kesediaan. Peringkat ini merupakan masa yang penting dan menjadi landasan atau asas kepada perkembangan seterusnya. Pada peringkat prasekolah, murid-murid akan membentuk persepsi kejayaan atau sebaliknya sebagai pelajar (Rohaty, 1998). Kesediaan membaca merujuk kepada kemahiran membaca pada peringkat awal kanak-kanak. Penyelidik-penyelidik dalam bidang ini menerangkan aspek kesediaan membaca melalui istilah yang berbeza seperti “kemunculan bacaan” atau emergent literacy (Sulzby, 1991), kesediaan membaca (Downing & Thackray, 1975; Fortson, L. R. & Reiff, J. C., 1995; Yeo 2004, 2006, etc.), teachable moment perihal membaca (Dechant (1991), dan kesediaan bersekolah (Kagan, 1992). Biar apa sekalipun istilahnya, kesediaan membaca pada dasarnya dikaitkan dengan kemampuan dan keupayaan membaca dalam kalangan murid-murid prasekolah, iaitu peringkat sebelum memasuki alam persekolahan.

Item Type:Book Section
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:13822
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:12 Aug 2011 16:37
Last Modified:08 Oct 2017 01:28

Repository Staff Only: item control page