Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penggunaan ICT dalam pembelajaran ICT

Mohd. Yassin, Siti Fatimah and Aris, Baharuddin (2007) Penggunaan ICT dalam pembelajaran ICT. In: Isu Kemahiran ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Penerbit UTM , Johor, pp. 1-16. ISBN 978-983-52-0520-0

Full text not available from this repository.

Abstract

Literasi ICT dan ICT sebagai kurikulum merupakan dua dari tiga dasar utama yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (2001) dalam pelan Pembangunan Pendidikan 2001-2010. Usaha ini dilaksanakan bagi mencapai matlamat negara agar 100 peratus rakyat celik ICT (Mahathir, 2002) kerana kecelikan ini boleh menentukan taraf kejayaan hidup individu, masyarakat dan negara (Hairudin, 1999). Pelbagai program pendidikan ICT sama ada secara formal atau nonformal telah diadakan di pelbagai peringkat persekolahan. Dengan itu, KPM telah mengadakan program Komputer Dalam Pendidikan (KDP) yang terdiri daripada Literasi Komputer Peringkat Sekolah Rendah, Literasi Komputer Peringkat Sekolah Menengah dan Projek Pemasangan Sendiri Komputer. Di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia, mata pelajaran ICT, Grafik Berkomputer dan Produksi Multimedia ditawarkan di beberapa buah sekolah menengah. Di sekolah menengah teknik Manakala di Maktab Rendah Sains MARA pula, sains komputer wajib diambil oleh semua pelajar dan mesti lulus sebagai memenuhi syarat graduasi. Perkomputeran pula ditawarkan pada peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.

Item Type:Book Section
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:13818
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:12 Aug 2011 16:39
Last Modified:08 Oct 2017 01:27

Repository Staff Only: item control page