Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan dan penilaian laman web berasaskan pendekatan kolaboratif

Abdullah, Saharani and Md. Noor, Norah and Aris, Baharuddin (2007) Pembangunan dan penilaian laman web berasaskan pendekatan kolaboratif. In: E-Pembelajaran: Reka Bentuk dan Pembangunan. Penerbit UTM , Johor, pp. 44-58. ISBN 978-983-52-0539-2

Full text not available from this repository.

Abstract

Internet adalah hasil gabungan kecanggihan komputer dan teknologi komunikasi yang digabungkan dalam satu jaringan yang meliputi seluruh dunia. Tujuan utama rangkaian kerja (network) global ini ialah memudahkan pertukaran dan perkongsian maklumat serta perhubungan dalam pelbagai bidang. Capaian internet dimanfaatkan oleh seluruh masyarakat tanpa mengira batasan geografi dan budaya. Pelbagai aplikasi Internet seperti emel, internet relay chat (IRC), on-line forum, laman web, papan buletin, pangkalan data dan komunikasi masa nyata (real time) digunakan menerusi rangkaian Internet. Oleh itu, pengalaman dalam penggunaan IT dan internet dalam kehidupan harian seharusnya diintegrasikan kepada dunia pendidikan bagi menyediakan pengalaman pembelajaran sebenar kepada pelajar. Ciri interaktif dan fleksibel yang disediakan menjadi pilihan utama kenapa laman web dilihat sebagai alternatif terkini proses penyampaian pengajaran. Faizah dan Rohayah (2003), dalam kajiannya tentang pembelajaran kendiri di antara berasaskan buku dan pembelajaran berasaskan web (web based learning) mendapati bahawa lebih 70% subjek kajian dapat meningkatkan pencapaian melalui web. Ini menunjukkan bahawa penggunaan laman web sebagai medium pengajaran semakin mendapat tempat di kalangan pendidik alaf ini.

Item Type:Book Section
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:13756
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:11 Aug 2011 03:24
Last Modified:07 Oct 2011 07:52

Repository Staff Only: item control page