Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pelaksanaan amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di industri pembinaan kelas G7 di sekitar Johor Bahru Tengah

Kamin, Yusri and Aniyah, Zaiton (2007) Pelaksanaan amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di industri pembinaan kelas G7 di sekitar Johor Bahru Tengah. In: Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional. Penerbit UTM , Johor, pp. 51-58. ISBN 978-983-52-0530-9

Full text not available from this repository.

Abstract

Sektor pembinaan merupakan salah satu sektor penting yang telah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan juga kemajuan sesebuah negara. Walaupun perkembangan industri pembinaan dapat menjana kepada peningkatan ekonomi negara, namun isu keselamatan dan kesihatan di tapak pembinaan lebih menjadi tumpuan utama. Isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan bukan sahaja dibincangkan di negara ini, namun ia turut menjadi perbincangan hebat oleh negara-negara maju yang lain. Seluruh dunia tidak lepas daripada mencari jalan penyelesaian kepada masalah kemalangan di industri pembinaan ini. Hal ini adalah disebabkan oleh kes-kes kemalangan di tapak pembinaan yang sentiasa memenuhi dada akhbar. Menurut Mohd Asrul (2005), Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) telah menganggarkan seramai 5000 pekerja telah kehilangan nyawa semasa bekerja setiap hari. Statistik daripada US Department of Labour Bureau menyatakan bahawa, dalam setiap lima kemalangan maut di tempat kerja, satu daripadanya adalah pekerja di tapak pembinaan.

Item Type:Book Section
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:13755
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:11 Aug 2011 03:25
Last Modified:07 Oct 2011 07:52

Repository Staff Only: item control page