Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Objek pembelajaran digital dalam perisian personalized learning courseware

Mohd. Nor, Siti Nor Rahmah and Ahmad Shukri, Nur Hafiza and Tasir, Zaidatun (2007) Objek pembelajaran digital dalam perisian personalized learning courseware. In: Isu Kemahiran ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Penerbit UTM , Johor, pp. 17-30. ISBN 978-983-52-0520-0

Full text not available from this repository.

Abstract

Personalized learning courseware yang berasaskan kepada konsep Objek Pembelajaran Digital (Digital Learning Object Courseware) (DLOC) merupakan sebuah koswer pendidikan yang telah dihasilkan untuk tujuan pembelajaran Animasi dan Rangkaian Komputer. Ianya boleh digunakan oleh pelbagai peringkat pengguna seperti pelajar di institusi pengajian tinggi, pelajar sekolah dan pengguna lain yang berminat dalam mempelajari topik tersebut. Isi kandungan DLOC telah dibahagikan kepada beberapa bahagian yang kecil yang boleh digunakan semula, digabungkan dan dintegrasikan ke dalam suasana pembelajaran yang pelbagai. Salah satu ciri unik DLOC ialah flesksibiliti untuk pelajar memilih topik yang mereka ingin dipelajari. Topik tersebut boleh dipilih dari senarai topik yang disediakan oleh pangkalan data DLOC. Dengan memilih topik yang mereka inginkan, pelajar akan dapat menghasilkan menu pembelajaran mereka sendiri dan ianya akan menghasilkan suasana pembelajaran yang lebih fokus dan efektif. Secara tidak langsung, DLOC menyediakan suasana pembelajaran yang adaptif kepada pelajar. Selain dari itu, ciri utama yang terdapat pada DLOC ialah setiap objek pembelajaran digital mengintegrasikan pendekatan pembelajaran yang berbeza seperti penyelesaian masalah, simulasi, animasi, permainan dan kuiz. Oleh yang demikian, pelajar yang mengikuti kursus Animasi dan Rangkaian Komputer dapat menggunakan DLOC untuk menghasilkan koswer pembelajaran interaktif yang bersifat adaptif.

Item Type:Book Section
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:13678
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:15 Aug 2011 05:40
Last Modified:15 Aug 2011 05:40

Repository Staff Only: item control page